Saturday, June 20, 2015

Marhaban ya Ramadhan.. rezeki untuk semua..

Setiap tahun mesti ada iklan yang paling 'top' kat sini. Tahun ni MBC group came out with this advertisement. Kind of cute jugak sebab ada pulak Tok Sheikh (katun) tunjuk aksi selfie.

Dan sebenarnya.. yang meriahnya di sini cuma sementara dari selepas maghrib membawak sampai ke sahur sahaja. Then bila pagi hari raya... sembahyang sunat hari raya.. lepas tu dah macam cuti biasa sahaja. 

Okey.. abis dah selingan untuk kali ni.

Cerita kami..
Minggu pertama Ramadhan. Seperti jugak di sana.. berebut orang nak bersedekah.. berebut jugak orang nak buat majlis iftar sana sini. Minggu pertama ni.. MAK ambik laluan pertama dahulu. Minggu lain.. lain cerita.

Ding dong ding dong.. dari asalnya pihak MAK tempah makanan dengan adik yang sorang ni.. alih-alih dah jadi lain cerita. Alhamdulillah.. semoga Allah saja yang membalas budi baik dan keikhlasan si Polan.

Yang lain-lain tu.. kita cerita via gambar jer la ya.

Sebahagian yang hadir..

Sedikit penerangan dari Ustaz Romizi..





Antara adik-adik pelajar yang turut sama dalam majlis iftar and dalam masa yang sama bertindak sebagai imam solat. Actually.. the moment kami confirmed dapat slot minggu pertama ni.. terus Ibu dah pinang adik-adik studends ni untuk jadi imam solat maghrib, isyak and terawih. Takmo nanti main tolak-tolak masa nak solat. Alhamdulillah.. masing-masing beri kerjasama yang sangat baik.

Btw..
Boleh la kut sapa-sapa nak survey buat menantu..

Some of the ladies.. mana-mana yang ABC.. tunggu kat tingkat bawah..




Mak-mak dara yang terlibat terus dengan majlis iftar kali ni. Dah penat masak.. kita posing-posing la pulak. Muka berkilat.. tudung dah senget-senget tu.. halal jer la ya.

Penat weii..
Macam nak terima menantu la pulak. Nyambut tetamu.. prepare meja makan.. etc. Hampir sebulan merancang.. alhamdulillah.. selesai sudah majlis.

Cuma rasa macam tak cukup sifat kalau Ibu tak bawak buah tangan. Hence.. kita bawak la apa-apa yang kita mampu bikin.


Alhamdulillah.. abih kito meniago malam tadi..

Ni.. pening memikir.. nak masak apa pulak minggu depan nih. Tuan Duta dah sound tu.. 'Sham.. jangan tak datang pulak nanti..' Adeihhhh..

8 comments:

  1. Sodap tu ibu sham.. sambal tumis udang samo potai..
    mano dapek potai tu..
    bestlak tengok video tu..
    camtu kek sano yo.. ;)

    ReplyDelete
  2. Sambal tumiih boh potai.terobang dari mano potai tu sham.
    Kalau tuan Duta dah sound tu..tak boleh ngelak tu sham mesti ado yang tertunggu2 air tangan sham.
    Lagi sekali jubah sham buat mato acik tak berkolip..cantik boto sham

    ReplyDelete
  3. Nur Hayati,
    Potai frozen.. bawak dari nun Tanah Malaya.
    - iklan tu.. takdo kono-mengono pun.

    ReplyDelete
  4. Acik,
    Potai stok boku tu.
    Kono pandai budget la.
    Duta tu sound sobab dah tak ghamai Omak-omak yang tinggal.
    Sumo dah abih balik cuti.
    - Jubah biaso-biaso jo Acik.

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan mak dara sham yang jauh dimata tewww, hehe2 sambal udang petai tu memey menggoda kanns., ;p

    ReplyDelete
  6. Alaikumussalam Wak,
    Allahu Akram.
    - Wak.. makan sambal tumis petai.. lepas tu jangan lupa gosok gigi. Nanti nak terawih ada bau 'extra' wangi nanti.

    ReplyDelete
  7. Cantik jubah akak... Alhamdulillah meriah nampaknya majlis.

    ReplyDelete
  8. T.kasih Aina.
    Sesekali dapat berkumpol.. memang macam tu la.

    ReplyDelete