Sunday, August 30, 2015

Bersauna di gurun pasir..

Di Tanah Malaya tengah heboh cerita Bersih 4.. kami di sini pulak dengan operasi 'bersih poket'.

And tho' sedia maklum ni tengah musim panas.. tapi.. redah jer. Dah jadi macam tu.. bersedialah dengan segala tisu.. tuala tangan etc yang sepatutnya sebab lepas ni sure ada orang tu akan mandi peluh mengalahkan tengah bersauna.

And FYI.. cuaca di Kuwait ni dah cecah 49C. Jadi nyer orang Malaysia yang masih ada hujan tu.. alhamdulillah.


Masuk jer pintu pagar.. jumpa yang hok ni dulu..


Lepas tu jumpa pulak yang hok ni..

Pasar perabot yang sentiasa sibuk..


Tujuan utama kami.
Sofa lama dah terpaksa dibuang sebab ada 'alien' menumpang hidup. Dari melarat.. kita cari jer la pengganti yang mampu beli.

The bling-bling..

The 'munger-munger'.. tapi apakan daya.. lari konsep..

The Tok Sheikh nyer authentic design.. merah hati..

Yang suka warna garang..

Pilih bang.. pilihhhh..

To be safe.. elok la ukur siap-siap.. takut nanti balik rumah.. terkurang.. terlebih..



Sesi nak menyampaikan hajat sedara-sedari..

Yang macam ni.. ermmmmm..

 

Khalass..
Kurang dari 30 minit semua yang 'berpesan' dah ditunaikan hajat masing-masing. Yang berkenan.. alhamdulillah. Tak berkenan.. or kurang berkenan.. redha jer la ya..

And malam tu Tuan Tanah balik rumah dengan sangat suka hati..


Thursday, August 27, 2015

Alf barokah alaik..

Ari ni takda cerita makan-makan.. takda cerita pasal lesung batu. But instead.. kita share sikit la ilmu yang seciput ni.

Asal kisah..
Sembang-sembang dengan adik-adik. And knowing that adik-adik ni ada kelebihan ilmu masing-masing.. so dalam sembang-sembang kosong.. akhirnya.. membawak ke bab yang satu ni la.

Bahasa Arab..
Sangat halus dan sangat detail. Pada yang pernah belajar.. sure dah sedia maklum.


Mabrook..
Biasa kita sebut.. and selalu kita dengar. Tapi dah ada yang mengajar ni.. apa kata lepas ni.. kita sebut pulak 'Alf Barokah Alaik' atau seribu keberkatan ke atas kamu.

Dalam 'free' jer kita sebut tu.. dapat jugak pahala dalam mendoakan keberkatan orang lain. So jangan buang masa.. lepas ni kita pakat sama-sama ubah.

** peringatan pada diri sendiri jugak ni.

Okey.. abih kelas dah.

Semoga bermenafaat.

Wednesday, August 26, 2015

Lesung batu.. what will be.. will be..

Cerita dari lunch kelmarin..


Telur dadar (podeh) jadi sparing partner untuk kari ayam and ulam pegaga. Sure semua biasa buat goreng telur dadar kan. Cukup senang.. tumbok ikan bilis.. cili api and bawang merah. Campur dalam telur.. and adjust garam. Khalass.

And nak tumbok ikan bilis.. cili api and bawang merah tu.. tak sah rasanya kalau tak guna batu lesung. Sini.. lesung batu.. alahai.. yang India mari.. buat dari marmar. Terkuat sikit.. dah sumbing. Dah macam tu.. kita angkut sepasang dari Tanah Malaya.

Tung-tang-tung-tang..
Ampunnnnn jiran bawah..

Tiga bijik telur selamat jadi kurban..

Untuk geng Upin Ipin yang takmo bawang..
Plain omelet..


Sambal gesek ;
Ikan bilis
Cili api
Limau
Garam

- Tumbok ikan bilis dan cili api hingga separuh hancur. Perahkan asam limau. Adjust garam. Setel.

Nak tahu serba-sedikit perihal lesung batu ;

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan. Ia dianggap sebagai peralatan dapur yang asas selain pisau, periuk dan sebagainya.

Ia digunakan di serata dunia sejak zaman gangsa (atau mungkin sebelumnya) lagi. Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat lesung batu berbeza tetapi rekaannya hampir sama dan stabil sepanjang zaman walaupun ia datang dalam pelbagai saiz, bentuk, berat dan komposisi. Kelainan-kelainan ini penting, bergantung kepada kegunaan utamanya. Ia sangat popular digunakan oleh masyarakat desa untuk membuat pelbagai juadah atau bahan masakan dan juga ubat-ubatan.

Kebolehannya untuk menyerap, menguatkan dan mengeluarkan kembali rasa bahan-bahan yang ditumbuk adalah satu daripada keunikannya.

Ia popular terutama sekali di Asia Tenggara di mana pada kebiasaannya ia digunakan untuk menumis atau menumbuk rempah dan perasa masakan seperti gulai. Di barat ia biasanya dikenali sebagai 'mortar and pestle' dan mempunyai kegunaan yang hampir serupa walau bergantung kepada keadaan dan budaya masyarakat setempat.

Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata. Pada kebiasaannya, lesung sangat sukar pecah, rapuh atau retak kecuali pada keadaan-keadaan ekstrem tertentu.


Sumber : Tok Wi.