Wednesday, August 26, 2015

Lesung batu.. what will be.. will be..

Cerita dari lunch kelmarin..


Telur dadar (podeh) jadi sparing partner untuk kari ayam and ulam pegaga. Sure semua biasa buat goreng telur dadar kan. Cukup senang.. tumbok ikan bilis.. cili api and bawang merah. Campur dalam telur.. and adjust garam. Khalass.

And nak tumbok ikan bilis.. cili api and bawang merah tu.. tak sah rasanya kalau tak guna batu lesung. Sini.. lesung batu.. alahai.. yang India mari.. buat dari marmar. Terkuat sikit.. dah sumbing. Dah macam tu.. kita angkut sepasang dari Tanah Malaya.

Tung-tang-tung-tang..
Ampunnnnn jiran bawah..

Tiga bijik telur selamat jadi kurban..

Untuk geng Upin Ipin yang takmo bawang..
Plain omelet..


Sambal gesek ;
Ikan bilis
Cili api
Limau
Garam

- Tumbok ikan bilis dan cili api hingga separuh hancur. Perahkan asam limau. Adjust garam. Setel.

Nak tahu serba-sedikit perihal lesung batu ;

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan. Ia dianggap sebagai peralatan dapur yang asas selain pisau, periuk dan sebagainya.

Ia digunakan di serata dunia sejak zaman gangsa (atau mungkin sebelumnya) lagi. Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat lesung batu berbeza tetapi rekaannya hampir sama dan stabil sepanjang zaman walaupun ia datang dalam pelbagai saiz, bentuk, berat dan komposisi. Kelainan-kelainan ini penting, bergantung kepada kegunaan utamanya. Ia sangat popular digunakan oleh masyarakat desa untuk membuat pelbagai juadah atau bahan masakan dan juga ubat-ubatan.

Kebolehannya untuk menyerap, menguatkan dan mengeluarkan kembali rasa bahan-bahan yang ditumbuk adalah satu daripada keunikannya.

Ia popular terutama sekali di Asia Tenggara di mana pada kebiasaannya ia digunakan untuk menumis atau menumbuk rempah dan perasa masakan seperti gulai. Di barat ia biasanya dikenali sebagai 'mortar and pestle' dan mempunyai kegunaan yang hampir serupa walau bergantung kepada keadaan dan budaya masyarakat setempat.

Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata. Pada kebiasaannya, lesung sangat sukar pecah, rapuh atau retak kecuali pada keadaan-keadaan ekstrem tertentu.


Sumber : Tok Wi.

12 comments:

  1. Sambel gesek tu yg tak menahan ibu sham ..
    rasa balik nanti nak membuek pulak..
    lamo bonar den tak menggesek.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati,
      Takdo asam limau.. manggo mudo, kundang, bachang.. belimbing buloh pun buleh gak kan.

      Delete
  2. emm, sedapnya...:)

    lagi satu, klu tak nak bagi bunyi kuat sgt waktu menumbuk tu, lapiklah bawah lesung dgn kain...bunyi dpt diserap dan kurang sikit bunyinya...tak ganggu jiran pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani,
      Biasa memang buat macam tu pun.
      Tapi Minah Arab di sini sangat sensitif dengan pencemaran bunyi especially kalau dengan jiran dari 'negara asing'.

      Delete
  3. Kak...sey maso dok flat dulu, lapik kain berlapih2 pun bogomo yo bunyok eh...hehehe. Tp dah dok mesia...bunyi org menumbuk tu dh mcm musik membangkitkan selero plak. Esp time sahur bulan poso...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok Msia.. oghang dah tak polik doh. Dah biaso kan.
      - time saho tu.. akak pun samo..

      Delete
  4. betul tuu.. guna lesung batu memang rasa tip top! sebab garam2 mineral tu keluar dari batu, lagi sedapp! hihi..

    Rahsia Anak-anak saya kekal aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Blajar benda baru ari ni.
      - Jazakillah khairon kasiiroo..

      Delete
  5. Hihi... kak beli turbo chopper tupperware je kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turbo chopper tupperware.. takda.
      Chopper biasa.. ada la ni Huda.

      Delete
  6. Hihi... jom nnt blk msia beli...hihihi

    ReplyDelete