Tuesday, August 4, 2015

Ayam goreng berempah.. version Omak sey..

Nak share sikit la..


FYI.. ayam goreng berempah ni salah satu lauk yang paling laris kat kedai nasik lemak Omak sey. Tapi kan.. bukan 'kedai' sangat pun.. setakat bukak payung jer.. alhamdulillah.. rezeki macam tu kan.

Apa-apa jer la kan.. janji halalan toiyiba..

Sebenarnya nak prepare ayam berempah ni senang sangat sebab cuma kena blend jer.. but knowing me.. sesekali tu boleh la.. bukan rajin mana pun.

Bahan-bahan..
- Serai 
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit (nak guna kunyit serbuk pun okey jer)
Semua blend
** banyak ke sikit.. adjust la ikut ayam yang ada

Then masa nak perap tu.. tambah sikit tepung jagung and telur sebijik. Last.. garam. Khalass..

Btw.. ini rezeki iftar si Bujang Sulong kelmarin. Dia tengah buat puasa 6. Ibu kena follow kemudian la.. ABC.

P/s;
- daun kunyit tu optional.. tapi kut boh sekali.. lagi wangi..

Happy cooking friends..

2 comments:

  1. tq...nanti boleh try...selalu goreng yang togel biasa2 jer.

    ReplyDelete
  2. Nasa,
    K.Sham pun biasa goreng togel-togel tu jugak.
    Itu pun anak-anak dah bertambah nasik.

    ReplyDelete