Tuesday, August 11, 2015

Il Podio.. Harga -vs- Rasa..

Sedia maklum.. makan-makan di theme park sure mahal kan. Sama jugaklah kisah nyer di Ferrari World tu. Dalam theme park tu cuma ada satu jer restoran. Kut setakat kiosk tu memang banyak la. Tapi yang kat luar theme park tu ada macam-macam la. Nak shopping pun ada macam-macam kedai.

Lunch hour.
We decided to park kat sini saja. Jajan and segala yang sewaktu dengannya.. mana nak kenyang.


Jangan risau..
Kat dalam Il Podio Restaurant ni.. ada macam-macam yang boleh kita pilih. Nak Asean.. nak grill.. nak Western.. nak makan ala-ala Arab pun ada jugak. Pilih la mana-mana yang berkenan di hati.


Dah tu.. pilih jer la apa nak makan. As I mentioned earlier.. memang mahal sikit la. So sila buat pilihan dengan berhemah. Later bila dah bayar.. tunggu jer la kat luar nun dengan nombor order masing-masing.

P/s;
Ni kut still tak nampak gak.. tak tahu la apa nak kata..



Me and Haazem opted for tempura shrimp and beef with brocoli. Then tambah nasik putih.. setel. Trip kali ni memang tak jamah langsung segala riyash or kebab.

Si Bujang ordered for pad thai. Okey kut.. senyum jer dia makan..


Fries.. rice.. bunyi pun dekat-dekat jer kan. Tapi dah Cik Asben malas nak tunggu 'lagi'.. redha jer la dengan apa yang ada..


Dak Cinonet ordered fish and chips.. at last dia makan fries jer. Fish fillet jadi rezeki kami. Dia dah kenyang air sebenarnya.


Laban (yogurt) takda. So ambik la semangkuk buah-buahan ni. Perut nak jaga jugak. Tambah bila dah makan macam-macam.

Conclusion : memang la kenyang cuma poket 'terasa' la sikit.

Anyway.. nak kira harga tu.. memang tak boleh nak buat apa la kan. Tang rasa.. okey la. Kita orang takda nak komen apa-apa. Memang kira secukup rasa la. Thus.. walaupun as I said harga makanan kat sini memang mahal.. tapi bila 'ada rasa' tu.. kira terkunci jugak la sikit mulut.

Okey friends.. ada sikit lagi nak cerita. Nanti-nanti kita sambung lagi la ya.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Makan tetap kena makan kan sham.kena redho je la dengan harga tu

    ReplyDelete
  2. Acik,
    Tu la pasal.. makan totap kono makan.
    Redho jo la kan.

    ReplyDelete