Thursday, November 26, 2015

Sakitnya tuh di sini..

Betul.. memang sakit hati..

Walaupun ada yang bagi nasihat to just let it go.. memaafkan mungkin boleh.. melupakan belum tentu. Wa sentap babe.. makan dalam ni..


Why la ?!
Mesti ada mentaliti.. nak restoran besar.. kedai besar..

Apa yang gah sangat dengan berniaga di restoran-restoran besar kalau customer nyer cuma setakat 5-6 kerat. Order air sampai ke sudah.. sembang berjam-jam. Amboi mulut Kak Long kita ari ni kan.. very the.. tuttttt !!

Kalau Tuan Badan ni tak segan nak berniaga macam tu.. pesal pulak orang tu yang nak malu ?!

As I said.. sentap ni weiii.. big time nyer sentap ni.

Punca sentap..
Sentap sebab komen tu datang datang dari kelompok darah daging sendiri. Bukan sebab makanan tak sedap.. servis lambat ke apa.. just sebab IBU CUMA BERNIAGA WARONG TEPI JALAN.

Janganlah disukat sukses ke tidak bisnes sedara kita tu dari kedai nyer.. warong nyer.. tapi tengoklah pulak berapa kilo beras sehari yang ditanak.. berapa ekor ayam yang dimasak.. berapa papan telur yang direbus.. tutttttttt !!

Macam ni punya bebel.. sampai ke sudah pun tak abis.. dah tu.. sedara tu bukan tau pun kita ngata ke dia. Dia best jer ingat kita telan semua kata-kata dia tu. Benda tak jugak setel.. dosa pulak yang dapat.

Apa-apa pun..
Alhamdulillah.. secara tak langsung.. cara ni kita boleh kenal lagi siapa 'sedara' kita yang sebenarnya. Sakit pening kita bukan dia nak tolong pun.. tapi kalau 'senang' kita.. mungkin dia la orang pertama yang canang kata.. itu kedai sedara aku tu.. tuttttt !!!

Masya'Allah..
Ber-kilo dah mengumpat ni.

Pada yang sudi bertandang.. mashkoor..

Monday, November 23, 2015

Balik kampung kito waghih..

Recently.. kami ambik cuti mengejut 4 hari. Bagi laluan to my brother jaga kedai pulak. And while he's busy with whatever la.. kami ambik peluang untuk balik kampung and buat laa apa-apa yang patut.

First and foremost.. layan anak-anak.
Solution.. bawak gi mandi-manda kat Ulu Bendol jer sebab itu yang paling dekat dengan rumah. Khalass..

At first Ibu nak bawak pi mandi kat area yang more closer to nature.. ie.. ada batu-batu.. air slowly flow from Gunung Angsi.. ada banyak pokok-pokok. But unfortunately my boys lagi suka dengan kolam buatan yang terletak di tengah-tengah taman tu.



Budak-budak hari ni..


While my Mom..
Requested for gulai ayam kampung. Mahal nyer babe.. sekilo RM20.00. Nak murah sikit.. ayam kampung kacuk.. RM14.00 sekilo. Sincerely.. me tak pandai langsung nak beza ayam kampung and ayam kampung kacuk. They all look just alike to me.


And sedikit tayang-tayang air tangan Tuan Tanah.
My dad berhajat sangat nak makan mi hailam (his all time favorite). Alhamdulillah.. with belanja yang sangat minimum.. lepas sudah hayat Ayahanda. Nak buat pun bukan susah sangat pun..
~ actually.. itu jer yang tau buat.

The rest..
Macam biasa.. makan.. tidur.. makan.. tidur.. Cukup haul.. kita balik KL. Sambung tugas apa yang patut. And sampai rezeki.. kita balik kampung lagi.

P/s;
Tho' dok kampung ada nyamok.. ada bunyi katak etc.. ada aku kisah.
~ bila laa boleh totally pencen dok kampung ni ?!
     

Saturday, November 21, 2015

Sekali air bah, sekali pasir berubah..

Untuk sekian tahunnya.. anak-anak hanya didedahkan dengan sistem persekolah luar negara. Medium bahasa.. kawan-kawan.. budaya.. semuanya berlainan sekali dari yang ada di sini.

Dan apabila kami mengambil keputusan untuk kembali ke sini.. sudah pasti anak-anak jugak menerima akibat dari keputusan ini.

Haazem tahun depan masuk darjah 6.
Arif pulak darjah 2.
Amsyar akan terus ke tingkatan 4.
Ibu ~ pening !!!

Gugel sana.. gugel sini..
Call sana.. call sini..
Pi jejak opis sana.. naik opis ni..
Macam-macam info yang dah masuk dalam kepala otak ni.

Tapi alhamdulillah.. consultation yang recently Ibu pi join.. tak banyak sikit.. ada jugak memberi info tentang persediaan untuk anak-anak. 





It was a really good consultation.
Alhamdulillah.. dari tak tahu langsung.. dapatlah jugak membatu kami. Banyak the YES and NO yang selama ni kami dok congak-congak.. akhirnya terjawab semasa sesi consultation ni. Petugas yang ada.. tho' bukan semua soalan yang Ibu tanya terjawab.. but still.. still something than nothing.

Dato' YB Norhayati Omar (baju biru)
Orang kuat bagi program 'Jom SAMBUNG belajar' ni..

Group photo like we must..


Yet.. 
The 'wajib' session for me and good buddy.. rojak Brahim kek Pasar Pilah. Seingat Ibu family Brahim ni dah berniaga di sini sejak Ibu sekolah tadika lagi. The taste might not be the actual same.. tapi tak banyak 'lari' la.

Last but not least..
Tuan Tanah with her good buddy for the pass 25 years.

Friday, November 20, 2015

MEDAN menangis..

Been meaning to go to Medan.. but only not in this manner. Tapi kami sekeluarga akhirnya sepakat untuk ke sana walaupun sedar kami tak mungkin sempat melihat arwah buat kali terakhir.

Sampai di sana majlis tahlil baru sahaja selesai. Alhamdulillah.. dari ceritanya.. all went well. Bertuah si arwah kerana 4 orang anak lelakinya mengusung jenazahnya hingga ke kuburan. Solat jenazah juga diimami oleh anak lelakinya yang bongsu.  

Walaupun arwah sibuk mencari rezeki di Tanah Malaya.. tapi semua ke-6 anak-anaknya cukup bekal ilmu dunia dan akhirat. Yang bongsu sahaja masih ada setahun berbaki untuk menghabiskan kuliahnya dalam bidang Sains Komputer di sebuah universiti di kota berhampiran.





Sesampai di sana kami terus dijamu dengan hidangan ayam penyet. Sedap babe.. and me yang masih belum sempat proper iftar sejak dari petang tu.. nothing much I can say melainkan.. alhamdulillah.. berbaloi makan biskut tiger walau hanya sekeping and a sip from air 100 plus Arif. Otherwise.. I wouldn't know mana nak sumbat dah semua portion nasi ayam penyet tu.


Pemandangan dari luar rumah si arwah. So quiet.. aman saja rasa. But only for a while. Sebab rupa-rupanya jalan di hadapan rumah si arwah ni merupakan laluan paling sibuk untuk ke bandar.


Antara motor yang terdapat di rumah arwah dan semuanya dibeli secara tunai. Selama arwah bekerja dengan kami.. arwah sempat mengumpol harta yang tak perlu Ibu sebutkan di sini. Semuanya berkat azam kuat si arwah yang hanya ingin memberikan kehidupan yang lebih selesa buat keluarganya di sana.
 


Both are rezeki kami untuk sarapan pagi tu. And.. sodap ehhhh.. tapi mujur 2 bungkus (nasik lemak and lontong sayur) ni shared between me.. Ayah and Omak. Otherwise.. sure tak habis. Big portion.. if I may say.


Pusara Mbak Miss..
Keadaan di sana.. pusaranya agak rapat antara satu sama lain. And saiznya jugak sedikit kecil dari yang biasa Ibu lihat di sini.


Masjid besar yang hanya berhadapan dengan pusara Mbak Miss. Khabarnya di sini tidak ada persatuan atau any khairat kematian etc (like we use to have here) untuk menguruskan jenazah. If you insist so.. semuanya terpaksa dibayar. Betapa beruntungnya kita di sini. Unlike them.. dah sampai tahap ‘arwah’ pun masih keluarga terpaksa memikirkan $$$.



Keadaan bandar kecil berhampiran kediaman si arwah. Sibuk.. mungkin sebab time tu semua sibuk nak balik dari kerja.


Kualanamu International Airport..
Still baru.. menggantikan epot lama yang asalnya terletak di tengah bandar Medan. Dipindahkan ke kawasan baru ini disebabkan oleh faktor keselamatan. I hope I got the facts right.




Sementara menunggu our flight.. layan jer la apa yang ada dulu.


Us.. and with two anak si arwah. Actually ramai lagi yang nak menghantar kami ke epot sebenarnya tapi memandangankan malam tu ada majlis tahlil di rumah arwah so only Along and Sari yang menghantar kami.

Insya'Allah.. it won't be our last visit. Tambah pulak mengenangkan my Mom got this special bonding (ntah la) with this family.

~ jangan dipandang semua bibik-bibik dari Seberang tu sebelah mata. Some of them have a better life.. much much more better than us here. Pokoknya.. jaga niat kita and selalu minta perlindungan dan barakah dari-NYA. Insya'Allah.

Assalamualaikum.