Friday, November 20, 2015

MEDAN menangis..

Been meaning to go to Medan.. but only not in this manner. Tapi kami sekeluarga akhirnya sepakat untuk ke sana walaupun sedar kami tak mungkin sempat melihat arwah buat kali terakhir.

Sampai di sana majlis tahlil baru sahaja selesai. Alhamdulillah.. dari ceritanya.. all went well. Bertuah si arwah kerana 4 orang anak lelakinya mengusung jenazahnya hingga ke kuburan. Solat jenazah juga diimami oleh anak lelakinya yang bongsu.  

Walaupun arwah sibuk mencari rezeki di Tanah Malaya.. tapi semua ke-6 anak-anaknya cukup bekal ilmu dunia dan akhirat. Yang bongsu sahaja masih ada setahun berbaki untuk menghabiskan kuliahnya dalam bidang Sains Komputer di sebuah universiti di kota berhampiran.





Sesampai di sana kami terus dijamu dengan hidangan ayam penyet. Sedap babe.. and me yang masih belum sempat proper iftar sejak dari petang tu.. nothing much I can say melainkan.. alhamdulillah.. berbaloi makan biskut tiger walau hanya sekeping and a sip from air 100 plus Arif. Otherwise.. I wouldn't know mana nak sumbat dah semua portion nasi ayam penyet tu.


Pemandangan dari luar rumah si arwah. So quiet.. aman saja rasa. But only for a while. Sebab rupa-rupanya jalan di hadapan rumah si arwah ni merupakan laluan paling sibuk untuk ke bandar.


Antara motor yang terdapat di rumah arwah dan semuanya dibeli secara tunai. Selama arwah bekerja dengan kami.. arwah sempat mengumpol harta yang tak perlu Ibu sebutkan di sini. Semuanya berkat azam kuat si arwah yang hanya ingin memberikan kehidupan yang lebih selesa buat keluarganya di sana.
 


Both are rezeki kami untuk sarapan pagi tu. And.. sodap ehhhh.. tapi mujur 2 bungkus (nasik lemak and lontong sayur) ni shared between me.. Ayah and Omak. Otherwise.. sure tak habis. Big portion.. if I may say.


Pusara Mbak Miss..
Keadaan di sana.. pusaranya agak rapat antara satu sama lain. And saiznya jugak sedikit kecil dari yang biasa Ibu lihat di sini.


Masjid besar yang hanya berhadapan dengan pusara Mbak Miss. Khabarnya di sini tidak ada persatuan atau any khairat kematian etc (like we use to have here) untuk menguruskan jenazah. If you insist so.. semuanya terpaksa dibayar. Betapa beruntungnya kita di sini. Unlike them.. dah sampai tahap ‘arwah’ pun masih keluarga terpaksa memikirkan $$$.



Keadaan bandar kecil berhampiran kediaman si arwah. Sibuk.. mungkin sebab time tu semua sibuk nak balik dari kerja.


Kualanamu International Airport..
Still baru.. menggantikan epot lama yang asalnya terletak di tengah bandar Medan. Dipindahkan ke kawasan baru ini disebabkan oleh faktor keselamatan. I hope I got the facts right.




Sementara menunggu our flight.. layan jer la apa yang ada dulu.


Us.. and with two anak si arwah. Actually ramai lagi yang nak menghantar kami ke epot sebenarnya tapi memandangankan malam tu ada majlis tahlil di rumah arwah so only Along and Sari yang menghantar kami.

Insya'Allah.. it won't be our last visit. Tambah pulak mengenangkan my Mom got this special bonding (ntah la) with this family.

~ jangan dipandang semua bibik-bibik dari Seberang tu sebelah mata. Some of them have a better life.. much much more better than us here. Pokoknya.. jaga niat kita and selalu minta perlindungan dan barakah dari-NYA. Insya'Allah.

Assalamualaikum.
 

5 comments:

  1. alfatiha utk bibik mbak miss tuu.,

    ReplyDelete
  2. cik kak sham x sempat gi danau toba keew? sepelaung je tuuuh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia org ada offer.. tapi tak pegi la.. maybe next trip insya'Allah.
      - dekat rumah arwah pun ada air terjun yg sgt fofuler (khabar nyer)

      Delete
  3. Al-Fatihah.. Moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Amin

    ReplyDelete