Tuesday, April 26, 2016

Yang hot and spicy..

Tetiba pagi ni rasa nak mengumpat.. actually dari semalam lagi ni..

Kisah nyer..

Pi jemput anak balik sekolah. Kereta parking bersimpang-siur. Suma skima.. aku sampai dulu.. so suka ati aku la. Tak terlepas jugak yang nak jemput anak dengan motor. Memang.. so the tuttttttt..

Tapi yang paling buat Ibu rasa nak mencarut ni.. ada pulak sorang Hamba Allah ni.. datang jemput anak hanya setakat dengan pakai 'singlet'. Yang tali dua tu la.. sampai menampakkan bulu ketiak pulak tu. Muka dah kategori 'ok.. can do' dah.. tapi bab singlet tu. Tau la suma panas berdenting ni bang.. tapi sekejap jer pun. Balik umah ko nak macam mana pun.. ko nyer pasal la.

Kita nak mengadap anak-anak orang.. bini-bini orang.. cikgu-cikgi.. kut pun tak segan dengan diri sendiri.. segan la dengan anak-anak kita tu.

Kita dok pasak ke anak-anak pakai elok-elok.. pakai sopan-sopan.. tutup aurat (bukan urat ya) etc.. but diri sendiri..

Then dengan selamber pulak hisap rokok.. correct me if I'm wrong. Kawasan sekolah kan kawasan larangan merokok or is it the moment you pass the 'pagar' sekolah.. ko dah boleh buat suka ati jer. Serious.. kalau Ibu silap.. harap perbetulkan.

So.. pengajaran hari ni.. be presentable.. not just bersih.. adab pun kena ada. Islam tak ajar kita be selfish. Trust me.. Ibu rasa selain dari Ibu.. sure ada orang lain yang rasa kurang selesa dengan Hamba Allah tu semalam.

Serious nyer pedas ni peeps..

Assalamualaikum..

Monday, April 25, 2016

Dunia biar di mata.. di hati jangan..

Sincerely..

There are things I wished not to remember and kenangan di SMKA *#@& seboleh-bolehnya mahu sahaja Ibu erased dari kotak memori jika mampu. Otherwise jika diberi peluang untuk kembali ke masa 'tersebut' mungkin boleh Ibu katakan.. I shall make new history.. new memories. But no can do.. redhalah dengan apa yang telah terjadi.. telah termaktub.

And kini apabila Ibu kembali ke Tanah Malaya.. tak dapat lari.. kepulangan Ibu dapat dihidu oleh 'some of them'. Bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru..

Albeit of so many things I tried to avoid.. it seems that it was not so bad after all. Most of them have already 'move on'. Tapi tak dapat lari masih ada jugak yang masih seperti dulu. Yang pernah 'buli' Ibu di sekolah dulu pun.. mungkin dah tak ingat lagi kut or as I said.. they have move on.. requested me as friend via fb or any other media. Some of them.. I accepted into my circle of friends. Biarlah Allah sahaja yang menentukan keikhlasan diri dan hati masing-masing.

But.. mana-mana yang kritikal sangat tu.. harap maklum sahaja la ya.

Bear in mind.. Ibu seikhlasnya telah lama memaafkan namun untuk melupakan..

And just so recent.. alhamdulillah.. cukup sudah 44 tahun Ibu menumpang hidup atas bumi Allah ini. Dengan kesihatan yang baik tho at times adalah jugak huk sana huk sini.. family yang 'normal'.. we're not living in fairy tales babe.. tipulah kalau semuanya indah belaka. Rezeki pulak.. alhamdulillah..cukup makan.. cukup pakai. Pada Ibu.. what more should I ask.. rather than kesinambungan yang baik-baik sahaja untuk keluarga kami.. anak-anak Ibu.

Cuma unlike so many years before.. tahun ini terpaksa Ibu raikan hari lahir tanpa Cik Asben di sisi. Insya'Allah.. years to come.. its gonna be as it was before..

So.. feeling nak celebrate tu memang tak ada la.. yang sebetulnya selama ni pun tak pernah pun kami celebrate birthday Ibu.. it was never in my practised. Kalau ada pun sekadar makan bersama yang tak rasa macam celebrate birthday pun.. entah laa. It was just never in my vocabulary. To me.. setiap rezeki itu ada keberkatannya.. as long as we're together.. alhamdulillah.

A gift from a sweet friend.. tabarak Allahu fiki..

P/s;
Kalau ada yang nak muntah hijau.. meluat baca entry kali ni.. make sure you're not fasting today.

Assalamualaikum. 

Thursday, April 21, 2016

Demi mu Anak..

Assalamualaikum all..

Nak story sikit la..

Its been a while.. banyak tahun jugak. Banyak jugak yang Ibu dah kena telan.. kena sabar. Kut setakat dengan budak-budak tu.. kita maklum saja laa kan. Dalam hati.. kita cuma andaikan.. budak-budak.. akal belum matang.

Tapi bila BAPAK BUDAK yang buat hal.. tak boleh tipu.. ada masa tersentap jugak. Tambah bila tengok anak kita jadi bahan lawak.. bahan ejek.. bahan sembang. Lebih buruk bila sembang-sembang yang disangka 'gurauan' tu MAKAN DALAM.

Alih-alih.. anak kita pulak yang dalam diam.. berasa hati.

Mana boleh tahan. Sekali dua.. boleh lagi. Tapi bila tiap kali jumpa.. jadi BAHAN.. dari aku bergadoh dengan ko.. baik aku angkat kaki.. blah..

Tapi alhamdulillah.. rezeki Allah kurnia. Tahun ni.. ada rezeki lebih sikit and thus lepas berjaya dipujuk anak yang sorang tu.. kita buat laa apa yang patut.




2 ke 2.5 tahun. Itulah tempoh yang diberikan. Insya'Allah.. mudah-mudahan segala usaha kami membuahkan hasil.

Allahumma amennn..

Wednesday, April 20, 2016

What to cook.. ?!

Subhanallah..

Tepu tahap maximum.. sampai kena tanya ke kawan..


Korang pernah macam ni ke?

Monday, April 18, 2016

Kalau dah rezeki..

Subhanallah..

Kalau memang dah rezeki kita.. apa cara pun tetap hak kita. Cuma cepat atau lambat saja Allah nak memperkenan.

Tu sebab selalu kita diperingat dengan kuasa berdoa dan percaya pada qada' dan qadar.

Thus semalam selepas dah berkilo air mata keluar (very la the poyosss - tapi memang teruk Ibu nangis).. alhamdulillah.

And untuk menunaikan janji kita.. insya'Allah akan Ibu susulkan dengan puasa nazar selama 3 hari. Mudah-mudahan sampai hajat nazar Ibu tu.

Rezeki bersahur pagi tadi..
Selamat menunaikan ibadah puasa..

P/s;
Tak kira la puasa apa pun..

Assalamualaikum.. 

Wednesday, April 13, 2016

Memanjangkan rezeki-Mu ya Allah..

Alhamdulillah..

Hari ni boleh la declare hari senggang tho kejap lagi nak masuk dapor sebab dah janji nak picnic kat sekolah dengan Haazem. Ya'ni kena bawak bekal sementara menunggu dia masuk sekolah petang.

Kisah kali ni.. since Ibu dah balik ke sini ni.. ada la kawan yang rekomen join group sekolah menengah dulu. So bila dah join group geng perempuan ni kan.. harap maklum jer la..

Then nak jadik kisah.. ada la sorang dua yang dok keliling kawasan Ibu ni. So pakat-pakat nak jumpa mana yang sempat.. and hasilnya..

3 mak dara yang dah tak berjumpa 27 tahun..
lama tu babe..

Tapi jangan la kita jumpa 'kosong' jer. Bit selfish of me (if I may say) but life must goes on.. thus kita cari apa-apa peluang yang kita boleh grab.

So..



Ibu bekalkan masing-masing gulai ikan sembilang salai dengan pucuk ubi and gulai daging salai dengan mangga muda (food taste). Kut la nanti ada yang berkenan boleh la diperpanjangkan kisah..

Adik-adik Pos Malaysia pun dapat habuan jugak esok nyer tu.. asyik dok layan parcel pos laju kita jer kan.. sesekali kita beli jiwa la kan..

And setakat tu jer la cerita merapu kali ni.. menu esok ada dah ni. Kawan dari group sekolah proposed tadi.. masak lemak pucuk ceremai.. goreng ikan.. and buat sambal gesek. So unfortunate.. menu hari ni tak jugak settle lagi.. adeihhhhh..

Assalamualaikum..

Wednesday, April 6, 2016

Si merah baldu.. idaman kalbu..

Sekian lama ku mencari..

Selalu kut dapat.. terlebih manis.. terkeras.. terlebih kerim.. cerewet nyer la customer yang sorang ni..

Tapi..
At last.. kebetulan Ustaz Umar (ex-student Kuwait U) yang mengajar budak-budak ni mengaji.. ibu angkat beliau ada membuat/berniaga kek (segala jenis kek). So kita dengan kadar segera terus la meng-order sebiji kek red velvet.. aiwahhhh.. syukur.. secukup rasa babe.



And kebetulan malam tadi anak-anak ada mengaji.. so kita jamu Ustaz Umar makan kek tu jugak la.


Kut ada yang berminat.. nanti roger-roger laa.

Iklan jap..

Assalamualaikum.

Tuesday, April 5, 2016

Puasa nazar.. hajat tercapai..

Alhamdulillah..

Selesai sudah Ibu menyelesaikan puasa nazar 3 hari petang semalam. Untuk apa Ibu bernazar.. memadailah Ibu katakan.. alhamdulillah.. sampai sudah hajat hatta sepatut nyer laa Ibu tunaikan janji Ibu.

Ada jugak yang bertanya hukum puasa nazar ni. Ibu bukanlah orang yang seafdhal nyer menjawab soalan tersebut. Tapi bolehlah kiranya jika sesiapa yang inginkan sedikit penerangan.. cuba baca link yang Ibu attached ini.

Selain nyer.. mungkin saja boleh kita susulkan pada yang lebih arif.

Wallahu'alam.

Kita dah raya babe..