Wednesday, April 13, 2016

Memanjangkan rezeki-Mu ya Allah..

Alhamdulillah..

Hari ni boleh la declare hari senggang tho kejap lagi nak masuk dapor sebab dah janji nak picnic kat sekolah dengan Haazem. Ya'ni kena bawak bekal sementara menunggu dia masuk sekolah petang.

Kisah kali ni.. since Ibu dah balik ke sini ni.. ada la kawan yang rekomen join group sekolah menengah dulu. So bila dah join group geng perempuan ni kan.. harap maklum jer la..

Then nak jadik kisah.. ada la sorang dua yang dok keliling kawasan Ibu ni. So pakat-pakat nak jumpa mana yang sempat.. and hasilnya..

3 mak dara yang dah tak berjumpa 27 tahun..
lama tu babe..

Tapi jangan la kita jumpa 'kosong' jer. Bit selfish of me (if I may say) but life must goes on.. thus kita cari apa-apa peluang yang kita boleh grab.

So..



Ibu bekalkan masing-masing gulai ikan sembilang salai dengan pucuk ubi and gulai daging salai dengan mangga muda (food taste). Kut la nanti ada yang berkenan boleh la diperpanjangkan kisah..

Adik-adik Pos Malaysia pun dapat habuan jugak esok nyer tu.. asyik dok layan parcel pos laju kita jer kan.. sesekali kita beli jiwa la kan..

And setakat tu jer la cerita merapu kali ni.. menu esok ada dah ni. Kawan dari group sekolah proposed tadi.. masak lemak pucuk ceremai.. goreng ikan.. and buat sambal gesek. So unfortunate.. menu hari ni tak jugak settle lagi.. adeihhhhh..

Assalamualaikum..

3 comments:

  1. Salam SHAM... apa khabar.

    Lamanya saya tidak menjengah. Sekarang ada masa skit, nak kembali jengah jengah.

    Wahh lamanya saya tak makan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi camtuh...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sham..dah balik menetap terus disini ye Sham..Alhamdulillah Sham ada kemahiran memasak dan muda lagi..

    ReplyDelete