Thursday, May 19, 2016

HARI GURU.. terima kasih.. dari kami..

Kisah nyer..

2 kali jugak la dulu dapat peluang untuk jadi pendidik. Sekali lepas SPM and lagi sekali masa lepas habis degree. But HE knows best. Masa interview tu memang dah rasa ada yang tak kena. Dari masa yang suara tak keluar.. dari masa yang ditanya awak masih nak belajar atau awak dah ready nak mengajar.. and ada la few questions yang pelik-pelik.

Bila ditanya dengan kawan-kawan yang sama-sama pi interview tu.. nampak gaya Ibu sorang saja dapat soalan yang macam tu. Yang lain-lain tu soalan biasa la.. kenapa nak jadi cikgu.. sanggup ke dihantar ke Sabah/Sarawak etc..

As I said.. ada la hikmah di sebalik cerita tu..

Apa-apa pun..
Tahun ni kali pertama kami sambut Hari Guru di Tanah Malaya.. bersama as in.. semua 3-3 hero terlibat. Dulu ada la sekali.. longggggg time ago. Zaman Amsyar darjah 1. Tapi tak la pulak buat apa-apa.. ntah la.

Anak-anak especially Haazem and Arif awal-awal lagi dah berpesan.. Bu.. Hari Guru bulan 5 nanti.


Tak pandai nak bake.. thus kita pun tak ada idea. Tapi  bila kawan-kawan dok tayang-tayang.. ini jer la yang mampu jadi galang ganti.


Albeit bukan dapat dinilaikan jasa and budi guru-guru yang mendidik anak-anak kami.. tapi if can anggap sahaja appreciation dari anak-anak kami.


Buat semua pendidik.. tho' 16 Mei dah berlalu.. terima kasih.. ikhlas dari kami.


** Jadi pendidik ni.. sebenarnya kita pasang.. kita booking saham akhirat.

Ntah la.. tak pandai nak ayat bunga-bunga.. but in short.. again kalau ada warga pendidik yang terbaca entri ni.. terima kasih saja yang mampu kami ucapkan. Semoga Allah saja yang membalas budi serta usaha kalian.

Jazakallahu khairan kasiiroo..

4 comments:

  1. Replies
    1. Selamat Hari Guru jugak buat Mummy.
      - at least kita jadik GURU buat anak-anak kita.

      Delete
  2. banyak jasa guru ni..tak ternilai.. Mummy pun tak sanggup nak jadi guru sbb mummy ni garang. Jenuh student kena buli..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kut KSham yang jadik guru.. ntah.. jaga budak tadika ok kut. Sebab still kiut-miut kan.

      Delete