Saturday, May 14, 2016

Jiwa kami lain babe..

Demam exam. Sana sini parents asyik bercerita anak dia itu.. anak dia ini. Insya'Allah.. kita doakan semuanya baik-baik sajalah ya.

Anak-anak kami pun tak terkecuali..
- Amsyar form 4
- Haazem nak UPSR dah tahun ni
- Arif darjah dua (or ada panggilan yang lebih tepat.. tahap.. kelas whatever.. Ibu pun belum arif sangat lagi)

Tapi dari 3 orang anak ni.. Amsyar la yang paling nampak 'susah hati'. Especially tang paper B.M dan Sejarah. Memang fobia gilos Bujang sorang tu. Ya'ni macam la esok lusa dah nak sit for SPM.

Dan seikhlas nye.. kami tak letak harapan yang tinggi sangat pada si Haazem. Kalau dengan izin Allah dia boleh lulus cemerlang dengan straight A.. sudah tentu alhamdulillah. If otherwise kami terima dengan redha.

1- Sebab dia baru saja balik ke sini hence dah tentu paper B.Malaysia akan jadi masalah.
2- Kami tak mahu dia rasa tertekan.. jauh sekali mendesak dia untuk mengadap buku siang malam pagi petang. Its only UPSR. Its not the end of our education system pun. Buatlah apa yang terdaya.. apa yang termampu.

No doubt kami hantar jugak semua hero ke kelas tuisyen untuk menampung mana-mana yang kurang. Maklum saja kami pun bukan dari kalangan cerdik pandai yang boleh 'mengajar' anak sendiri.

But most important.. kami tak mahu Haazem and Arif culture shock. Budaya belajar di sini sememangnya sangat berbeza dari semasa kami berada di Tanah Berdengung nun. But nevertheless semuanya dengan maksud memberi pendidikan kepada yang memerlukan.


Tapi dengan Amsyar.. dia dah besar. Dah pandai nak memikir sendiri. In fact dia dah mind-set.. dah ada hala tuju. Mudah-mudahan Allah kabulkan doa dan hajat anak kami yang sorang tu. Ameennnn Allahumma ameennn..

Dan rupa-rupanya banyak sungguh yang dah berubah dalam sistem pendidikan kita sepanjang kami pi dok merantau. And one of it.. dah ada pulak karangan untuk paper Sejarah. Aduhaiiii.. 

Pada Ibu nyer yang dulu minat Sejarah mungkin tak rasa terbeban sangat. Unlike him yang lebih suka tekan calculator dari selak kertas buku Sejarah.. macam langit dengan bumi tu babe.

Apa-apa pun rezeki anak-anak ni tak sama. Macam jari-jari di tangan kita. Semua nyer ada panjang pendek yang berlainan. Sama jugak dengan dia orang tu. Lebih di sini.. kurang kat situ..

Kita doakan sahaja anak-anak kita dan semua yang tengah berperang dengan exam tu dilapangkan hati.. dibukakan minda.. dipermudahkan semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan. Ameennnn..

P/s;
Anak orang.. anak kita jugak. Kalau boleh biarlah semuanya berjaya dan excel dengan cemerlang.   

4 comments:

  1. darjah dua pun dah ada darab dan bahagi.. zaman saya dulu darjah 4 baru belajar darab dan bahagi. sangat advance anak-anak sekarang. anak nak exam mak yang kalut nak buat revision bersama2.. 😅

    ReplyDelete
  2. Aamiin..Aamiin..Aamiin..semoga anak2 kita semua berjaya.
    masa hero bongsu acik SPM yang lepas dah ada dah dan dah wajib lulus sejarah tu sham

    ReplyDelete
  3. Gud Luck Buat Amsyar dan Haazeem...

    ReplyDelete
  4. aaa sekarang bukan zaman nak
    push push anak2 belajar.. dorang nak sokongan je cuma sekali sekala je kena desak bila nampak tersasar dr landasan. kalau tak jenuh kena berleter cm hero kecik berleter kat mummy aritu.. hehhe :)

    ReplyDelete