Sunday, June 5, 2016

Anak Bujang sey..

Membeza-bezakan kasih sayang antara si anak.. mungkin tidak. Yang pasti anak-anak kita sendiri ada kelebihan.. ada kekurangan masing-masing Jadi sebaiknya.. kita redha dan terima sahaja keadaan tersebut.

Hero Ibu ada 3 orang. Semua peil lain-lain. Susah nak jumpa dapat semeja kalau tak bertekak. Especially bab 'table manners'. Yang si Bujang la yang selalu banyak komplen. Ada masa pedih jugak telinga ni. Kita baru nak menyuap tapi dia dah start membebel.

Tapi lama-lama.. kami jadi terbiasa.. kebal. Bebel nyer pun bukan merapu yang bukan-bukan. Biasa nyer dia akan tegur kalau adik-adik yang berdua tu makan bersepah.. kuah tertumpah.. benda-benda yang macam tu la.

And semalam since hari cuti kan.. ramai la yang berkunjung menziarah Omak sey. Kita yang tuan rumah ni.. memang dah sedia maklum.

Keluarga besar babe.

Albeit dia orang tu datang sekadar nak menziarah.. tapi Omak sey dah siap-siap pasak ke telinga..

** Masak long.. bagi makan.. buek la apo-apo yang buleh (my mom memang jenis kalau orang datang 'wajib bagi makan').

Lauk.. ntah.. apa-apa yang ada la kan.. rezeki masing-masing.

And dah jenis kami ni keluarga 'meriah'.. dah nak jam 11.00 malam baru masing-masing nak bersurai. Omak sey.. okey jer.. suka la dia bila dengar bising-bising bunyi budak-budak nangis sana.. bergaduh sini.. gelak berdekah kat ujung nun..

Cuma bila dah seharian mengadap tetamu.. tipulah kalau Ibu kata Ibu tak penat.. tak pedih pinggang. Lalu terus Ibu kata je si Bujang.. esok jer la Ibu cuci semua pinggan mangkuk kat dapur tu.. dia pulak jawab OK jer.

So.. cepat-cepat kumpol-kumpol apa yang patut. Masuk bilik.. harap maklum jer la kan.

Tapi tiba-tiba bila telinga mula dok tangkap bunyi macam-macam dari dapur.. kita faham la tu..

Dalam malas-malas.. selesai jugak.

P/s;
Macam mana ko layan anak ko ari ni.. dah tua-tua nanti macam tu la dia layan ko balik.

Marhaban ya Ramadhan Karem.
Semoga Allah menerima setiap amalan kita. Amenn Allahumma amenn.

6 comments:

  1. Salam Ramadhan Kak Sham and family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan al-mubarak buat Mummy sekeluarga juga.

      Delete
  2. Seronoknya kalau org ramai2 dtg rumah.. mummy suka. Tapi apakan daya jauh diperantauan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa Mummy. Sat lagi raya.. boleh la berkumpol ramai-ramai semula.

      Delete
  3. Seronok dpt anak2 yg rajin dan kuat bebel ni kan.. meriah rasa rumah.jgn terbalik sudah..heheh :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wooo.. memang meriah. Kut dia takda.. rasa macam basi mulut..

      Delete