Friday, June 24, 2016

Jangan PAPA demi nak BERGAYA..

Raya dah tak lama lagi.. sayu jer hati mengenangkan Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Actually.. seronok bila sambut bulan puasa ni. Pada yang dah biasa dengan Ibu.. sure faham yang Ibu lagi suka sambut Ramadhan dari sambut hari raya.

Ikhlas..
Pada Ibu.. hari raya just a matter of hari cuti. Dapat berkumpol dengan saudara.. kawan-kawan.. and whoever la. 

Then mungkin hari raya tu jugak kita masak extra istimewa dari biasa. Well.. again.. rumah kami tak ada apa-apa yang istimewa pun. Being the only Makcik yang paling tua.. my Omak memang akan diziarah dek kaum keluarga. Thus.. that makes us super extra busy. Tak terkejar weiiii kalau setakat nak jamu lemang ketupat rendang and suku-sakat juadah hari raya.

So..
To make is less hassles.. kami hidang nasik putih dengan lauk-pauk N9. Infact.. disebabkan itu jugaklah rumah kami memang selalu kena serbu. By lunch hour.. mana tahan nak makan kuih raya jer kan.

And dengan sebab itu jugak.. wajib Ibu angkut sekali segala bibik dari warong kami untuk membantu (biasa nyer 1-3 hari raya). Tak terlayan babe.. mana nak menghidang.. mana nak mencuci etc. Kita sama-sama la dapat benefit dari tugas masing-masing kan.

Tapi yang Ibu nak cerita kat sini.. my adik-adik sepupu-sepapat. Ye la kan.. darah muda.. semua nak cantik.. semua nak sedondon. Ada jugak yang rajin bertanya.. 'along ada kaler tema ke tahun ni?'.. me jawab.. 'takda.. pakai jer apa yang ada'.

Ikhlas babe..
Memang sejak dari merantau lagi kami jarang sangat ada kaler tema. Yang tersesat (few years) tu sebab Omak yang berhajat. Tapi bila dah tua-tua ni.. ntah la. Tambah bila anak-anak dah mula pandai nak memilih sendiri apa yang berkenan.

Again Ibu stress di sini.. memang kami jarang ada baju raya. Kalau dulu mungkin sebab kami merantau. Thus.. keperluan baju raya sebenarnya hanya untuk dipakai pada pagi hari raya. And bila dah balik ke Kuwait.. sesekali bila ada jemputan dari majlis-majlis rasmi.. barulah keluar segala stok baju melayu and baju kurung. Then la ni.. bila anak-anak dah besar.. ada yang nak pakai distasya ada jugak yang nak pakai baju melayu dari previous years sahaja.

Ibu tak pernah melarang tapi jika rasa sampai tahap membazir.. memang Ibu akan tegur. Ntah.. memang dah cara kami macam tu.

And for that reason jugak selalu dalam gurau-gurau bila berbuka puasa bersama.. Ibu pesan ke adik-adik sepupu.. jangan membazir sangat. Buat cara yang kita mampu. There's no point of showing-off.. gila nak impress orang lain kalau poket kita sendiri yang rentung.. poket sendiri yang menjerit.

Pada yang boleh terima.. alhamdulillah. Yang rasa.. Ibu ni membebel tahap mak-mak dah monopos.. tak jadi kudis pun.


Niat Ibu ikhlas lillahi'taala.

Okey.. dah sampai hajat.. cerita pun dah habis.

Ada rezeki kita sambung cerita lain pulak.

P/s;
Hari ni hari Jumaat.. kalau sempat bacalah surah Al-Kahfi.

Assalamualaikum..

3 comments:

  1. Sekarang ni trend baju raya sedondon kan ibu sham..
    Kalau masa kecik dulu2 ..
    mana ado omak kito sedondon bagai..
    janji ada baju baru sehelai untuk sunat dipakai di pagi raya ..
    Cukuplah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Mmg sunat kalau kita mampu ada baju baru utk dipakai pagi raya tu.. especially time pi sembahyang sunat hari raya tu.

      Tp tu la kan.. sebaiknya ikutlah kemampuan kita dan beri laluan pd yg wajib dahulu. Sebab itu yg lebih afdhal.

      Delete
  2. Kata orang, ukur baju di badan sendiri.

    ReplyDelete