Wednesday, February 8, 2017

BERKAT ke?

Assalamualaikum all..

Tu ari Ibu pi tapau air kat warong Wak. Sekali tu telinga terdengar la pulak sorang mamat ni dok pung pang pung pang komplen pasal sekolah anak dia. Ni cerita pasal mesyuarat PIBG la kut..

Dari apa yang sempat Ibu curik-curik dengar tu.. mamat ni tanya.. 

'kalau saya bayar yuran kelas tambahan ni.. cikgu boleh pastikan anak saya dapat 6A ke?'

First and foremost.. memang satu tanggungjawab ke cikgu-cikgi kat sekolah tu sampai macam kena buat aku janji anak-anak murid WAJIB dapat 6A.

Then dia komplen pulak kelas tambahan UPSR anjuran sekolah tu tersangat la mahal.

Sedangkan..
- ko mampu beli gadget and mainan yang macam-macam untuk anak
- ko mampu beli henfon canggih untuk anak-anak
- ko mampu pi cuti-cuti siap kompang lagi tu
- ko mampu buat party birthday anak beratus-ratus hengget
- ko mampu tunjuk baju raya 30 helai untuk cover satu bulan raya (contoh)
- ko mampu beli keta besar gedabak walhal anak baru dua orang jer
- ko mampu beli moto besar
- ko mampu belanja kenkawan ngeteh kat tempah kurlassss la sangat
:: ehhh macam-macam la lagi yang tunjuk yang ko bukan orang SUSAH mana pun..

Tapi bila YDP bentang financial budget untuk kelas tambahan UPSR.. ko punyalah 'melatah'.

Dah tu boleh pulak ko tanya.. 
- kalau anak saya join kelas ni wajib ke saya bayar yuran tu..?!

Ello.. 200 hengget nyer yuran divide by 10 months.. berat sangat ke pada ko bang..?! Ko tak malu ke guna duit orang yang dah bayar yuran untuk cover alat tulis.. kertas.. segala kemudahan sekolah.. dan lain-lain tu. Orang lain pun ada masalah masing-masing yet they set their priorities. Takda la nak menyusahkan pihak sekolah or sesapa yang terlibat.

Tapi yang paling penting..
Mana barakah nyer ilmu anak ko tu bila ko sendiri suka suki tumpang DUIT orang.. kemudahan sekolah.. tapi untuk anak ko sendiri.. punyalah ko berkira.

Come on la bang..
Ilmu dunia ke.. ilmu akhirat ke.. barakah tu penting. Biar sikit pun yang kita dapat tapi kut berkat.. melekat sampai bawak ke mati bang.

Jangan la mentang-mentang anak ko sekolah gomen.. ko nak suruh gomen tanggung semua. Dengan alasan.. ada peruntukan.. gunakan la..

Ye.. memang ada peruntukan. Tapi kalau ko dengar pembentangan financial budget.. rata-rata semua sekolah tak cukup duit bang. Semua sekolah sedaya upaya carik duit 'tepi' sebab nak menampung keperluan sekolah yang macam-macam.

Serious babe.. terbakar jugak telinga. Ringan jer mulut ni nak menjawab. Tapi sebab mamat tu jiran Omak.. seal jer la mulut.

End of the day.. Ibu cuma dapat harap.. pada sesiapa yang baca luahan hati Ibu ni.. try dok dendiam sekejap. Fikir balik..

- berkat ke ilmu yang anak-anak kita dok belajar selama ni?


End of story..

Sunday, February 5, 2017

Mana ADAB kita..?!

Assalamualaikum all..

Selamat berhari minggu. Cuma nyer .. Ibu ada meeting PIBG pagi ni. Ya'ni warong terpaksa bagi ke Cik Asben and pembantu yang jaga.

Actually.. Ibu pun tak berapa nak minat (ikhlas) nak attend meeting PIBG ni. Knowing that.. kita ikut jer la apa-apa usul serta cadangan yang dibuat untuk anak-anak kita. Tapi dah Arif berharap sangat Ibu nyer attent the meeting..

- biasa la kan.. anything from the school.. anak-anak ni memang nak kita join. Macam berdosa besar kalau tak join.

Sekali bila sampai ke sekolah..

Memang terkujat nyawa.. terkejut melihat keadaan perkarangan sekolah (actually sedikit luar dari kawasan pagar sekolah). Segala mak nenek sampah pun ada. Dari tupperware makan.. sampailah yang ke tin-tin arak.


Kita yang tak biasa dengan keadaan macam ni.. cuma boleh mengeluh saja la. Dari kata security sekolah pulak.. cleaner sekolah cuti so kena tunggu hari Isnin la baru sampah-sampah tu boleh dibersihkan. Even cleaner kawasan yang cover area tu pun.. hari Isnin baru ada. Tapi sementara nak tunggu segala 'yang terlibat' tu.. macam tu jer la segala sampah-sampah tu.

Then.. bab meeting PIBG tu.
Meh Ibu nak bebel sikit..
- time orang meeting.. hormatkan majlis. Dengar apa orang share.. apa yang dibincangkan.
- ko nak cerita pasal dividen ASB ke.. phone Lenovo lagi bagus ke.. cerita ibu meroyan yang kelar anak pun ko nak update.. please do it selain dari waktu majlis.
- masa Pengerusi bentang minit mesyuarat.. tak payah la ko pun nak ulas sekali minit mesyuarat tu. Dengar.. then kut nak tambah.. ikut saluran yang betul. Tunggu giliran.
- time orang cadangkan usul.. time ni la ko patut bangun.. then BERSUARA.
- masa orang cadangkan AJK PIBG.. be active. Ko nak kroni ko dalam list.. angkat tangan then cadangkan. 

In short.. semua pun dah adults.. dah biasa attend macam-macam mesyuarat. Jangan jadi langau.. buat bising kat belakang jer. Ikut protokol. Tunjukkan ADAB kita yang sepatutnya masa menghadiri majlis yang sebegini. Adeihhhhh.. tak kan la ini pun nak kena ajar.


Nanti.. bila suara/komplen ko tak kena layan.. jangan salahkan orang lain. Kompang kat kedai Wak.. komplen kat wassup grup yang takda sorang pun ahli nyer ada kena mengena dengan pihak yang sepatut nyer ya'ni pihak sekolah atau pihak PIBG. Ishhhhhhh.. apa yang ko dapat.. dapat sakit hati.. mungkin la kut.


Akhir sekali.. ko takmo jadi AJK.. then tolak dengan cara yang sepatutnya. Kita semua dah matang. Kalau ko bukan AJK pun.. kita masih boleh berkomunikasi demi the betterment of anak-anak kita.

P/s;
Doakan AJK yang baru dilantik ni mampu menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik demi kebaikan semua pihak yang terlibat. Ameennnn..

Friday, February 3, 2017

Lion Dance.. and happy CNY..

Assalamualaikum all.. and happy CNY..

Ehhh.. boleh ke sekolah Melayu buat lion dance?
Tu kan sekolah tadika Melayu.. apesal ada tarian singa?

My answer.. Ehhhh.. salah ke?
Sekolah tu pun ada jugak anak murid nyer yang bangsa Cina.. yang lain agama bla bla bla..

Nota : Very typical of ..

Tak tahu nak komen apa.. cuma to my knowledge pihak pentadbiran sekolah/tadika tersebut ambik peluang CNY ni untuk sama-sama meraikan festive season yang disambut oleh bangsa lain selain dari Cina di Malaysia ni. Jugak.. untuk beri peluang kepada anak murid sekolah tu sedut ilmu selain dari yang 'dalam buku' sahaja. Good effort whattttt..

After all.. tengok tarian singa jer.. bukan sampai the whole tenaga pengajar or suku sakat yang terlibat dengan sekolah tersebut terus tukar agama. Isshhhhh..







P/s;
Untung banyak dapek buah limau cino ghayo ni.. tak payah nak boli buah laei..