Sunday, February 5, 2017

Mana ADAB kita..?!

Assalamualaikum all..

Selamat berhari minggu. Cuma nyer .. Ibu ada meeting PIBG pagi ni. Ya'ni warong terpaksa bagi ke Cik Asben and pembantu yang jaga.

Actually.. Ibu pun tak berapa nak minat (ikhlas) nak attend meeting PIBG ni. Knowing that.. kita ikut jer la apa-apa usul serta cadangan yang dibuat untuk anak-anak kita. Tapi dah Arif berharap sangat Ibu nyer attent the meeting..

- biasa la kan.. anything from the school.. anak-anak ni memang nak kita join. Macam berdosa besar kalau tak join.

Sekali bila sampai ke sekolah..

Memang terkujat nyawa.. terkejut melihat keadaan perkarangan sekolah (actually sedikit luar dari kawasan pagar sekolah). Segala mak nenek sampah pun ada. Dari tupperware makan.. sampailah yang ke tin-tin arak.


Kita yang tak biasa dengan keadaan macam ni.. cuma boleh mengeluh saja la. Dari kata security sekolah pulak.. cleaner sekolah cuti so kena tunggu hari Isnin la baru sampah-sampah tu boleh dibersihkan. Even cleaner kawasan yang cover area tu pun.. hari Isnin baru ada. Tapi sementara nak tunggu segala 'yang terlibat' tu.. macam tu jer la segala sampah-sampah tu.

Then.. bab meeting PIBG tu.
Meh Ibu nak bebel sikit..
- time orang meeting.. hormatkan majlis. Dengar apa orang share.. apa yang dibincangkan.
- ko nak cerita pasal dividen ASB ke.. phone Lenovo lagi bagus ke.. cerita ibu meroyan yang kelar anak pun ko nak update.. please do it selain dari waktu majlis.
- masa Pengerusi bentang minit mesyuarat.. tak payah la ko pun nak ulas sekali minit mesyuarat tu. Dengar.. then kut nak tambah.. ikut saluran yang betul. Tunggu giliran.
- time orang cadangkan usul.. time ni la ko patut bangun.. then BERSUARA.
- masa orang cadangkan AJK PIBG.. be active. Ko nak kroni ko dalam list.. angkat tangan then cadangkan. 

In short.. semua pun dah adults.. dah biasa attend macam-macam mesyuarat. Jangan jadi langau.. buat bising kat belakang jer. Ikut protokol. Tunjukkan ADAB kita yang sepatutnya masa menghadiri majlis yang sebegini. Adeihhhhh.. tak kan la ini pun nak kena ajar.


Nanti.. bila suara/komplen ko tak kena layan.. jangan salahkan orang lain. Kompang kat kedai Wak.. komplen kat wassup grup yang takda sorang pun ahli nyer ada kena mengena dengan pihak yang sepatut nyer ya'ni pihak sekolah atau pihak PIBG. Ishhhhhhh.. apa yang ko dapat.. dapat sakit hati.. mungkin la kut.


Akhir sekali.. ko takmo jadi AJK.. then tolak dengan cara yang sepatutnya. Kita semua dah matang. Kalau ko bukan AJK pun.. kita masih boleh berkomunikasi demi the betterment of anak-anak kita.

P/s;
Doakan AJK yang baru dilantik ni mampu menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik demi kebaikan semua pihak yang terlibat. Ameennnn..

8 comments:

  1. Awal dh mesy PIBG ye.
    Tahniah kepada yang dilantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke..
      Ni next week sekolah menengah anak pulak.

      Delete
  2. Dah lama tinggalkan majlis PIBG ni. Seribu kenangan . Alhamdulilah, semua yg baik2 dari PIBG sekolah yg saya hadiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. rezeki Mokjadeandell la tu.
      Ini pengalaman Sham yg pertama.. mudah-mudahan Allah permudahkan & dapat kerjasama dari semua pihak.

      Delete
  3. Biasa tu sham..memang susah nak sunyi ada je yang berbunyi mcm langau tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malang sedikit nasib Sham sebab duduk directly di hadapan group yang rancak bersembang tu.. so susah sikit nak fokus pada majlis sebab suara dia orang memang 'kuat'.

      Delete
  4. Sound je kak orang yang bising tu.

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang depan termasuk Penolong Guru Besar siap pandang ke belakang.. dia senyap kejap.. lepas tu.. macam tu semula.

      Delete