Saturday, April 29, 2017

Penulis buku MENTALITI JAMBAN is in the house..

Asal cerita..
Rasa-rasa nyer it was 4 years back. Masa tu kami sekeluarga masih menumpang rezeki di negara Pasir Berdengung. Waktu tu Ibu tengah mencari blogger yang boleh dijadikan rujukan tentang cara-cara mengambil gambar untuk blog Ibu.



Mungkin dah jodoh kami.. Ibu tersesat ke blog KA. Salam diberi.. salam disambut. And sejak dari itu bermulalah persahabatan kami di alam maya. One thing in common.. kami sangat cerewet tentang kebersihan. Mungkin jugak dah jodoh kami.. dari bersahabat di alam maya.. ia berlarutan hingga ke Fb.. and akhir sekali akhir hujung tahun lepas kami bersemuka di warong Omak.

Alhamdulillah.. jodoh kami memang kuat. Anak-anak pulak serasi with one another (mungkin sebab semua boys).

And hari ini alhamdulillah sembang-sembang over lunch pulak di rumah Ibu. Over lunch banyak jugak ilmu yang sempat Ibu sedut dari Khairul yang jugak penulis buku ;
1- Mentaliti Jamban
2- Untunglah Malaysia Masih Aman
3- I'm A Backpacker Europe
4- I'm A Backpacker Germany

Bak kata pepatah 'berkawan dengan penjual minyak wangi.. kita pun akan berbau wangi jugak'.

Kita mintak yang baik-baik sahajalah kan.

P/s; Mudah-mudahan yang dirancangkan berjalan dengan lancar.. insya'Allah.

Wednesday, April 26, 2017

Sanah helwa.. to me..

Assalamualaikum all..

Bila dah tua-tua ni sesekali bila diraikan.. dapat surprise dari kawan-kawan.. birthday wishes.. doa-doa yang pelbagai.. terasa sayu sangat hati. Lebih tersentuh bila mengenangkan umor semakin meningkat.. kubur pulak kata.. 'lai.. lai'..

Terasa sangat.. apa saham akhirat yang nak dibawak ke sana nanti.. kosongnya buku bekalan.. masya'Allah..

Tapi sementara tu.. kita sambut yang baik-baik sahajalah segala budi baik serta tanda kenangan dari semua yang mengenali diri ini.

Happy belated birthday to me..

As usual.. only us..

Sayang you too Cik Asben..

Tanda kenangan sempena hari lahir dari Lady Boss.. white chocolate memang sedap sesangat..

Insya'Allah.. tahun hadapan.. panjang umor.. until then.. ilal' liqa..

Thursday, April 20, 2017

Its April..

The first time I bought kain telekung from Siti Khadijah Apparel was 3 years ago.. and knowing the price is very expensive, I can only afford to buy the upper part (which cost me RM165 - back then). Itu pun jenuh selit2 himpun2 duit dapor. For the lower part.. kita mix and match jer la.. ada 2-3 pasang kain telekung yang I suka pakai but a bit unfortunate the 'muka part' tak berapa selesa.

Ikhlas and unlike telekung from Siti Khadijah ni.. memang sedap pakai.. muka terletak.. in short.. I have nothing else to say but only.. sangat berbaloi to have one.

Hari ni.. tetiba (dalam hujan lebat pulak tu).. pos laju hantar barang. Memang la terkejut sebab I did not order or purchase anything from this particular seller.


Masya'Allah.. cuma selepas I called this ******** number, did the very soft spoken lady told me I was a birthday present from Adik Manis yang sorang ni.

Allahu Akhbar.. sedih hati.. sayu hati.. and most definitely very overwhelmed with this advance birthday present.

Kepada Adik Manis (you know who you are).. jazakillahi khairan kasiroo. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik serta tanda ingatan yang sangat bermakna ini.

P/s; Kita bukan jenis orang yang suka shopping barang mahal pun.. tapi dah orang nak bagi.. rezeki jangan ditolak kan..

Assalamualaikum.

Thursday, April 13, 2017

What were you THINKING..??

Kita bukan jenis mulut jahat.. kita bukan jenis suka nak menyumpah orang jauh sekali nak mencarut. Mak kita tak ajar semua tu tau. Come on la.. mak mana pulak yang ngajar anak nyer sebut benda-benda yang tak baik ni kan. Or.. ermmmmm..

Tapi kan.. ari ni kan.. kut la kita posa la.. rasa nyer tinggal hat lapar and dahaga jer. Dalam hati ni dok swearing dari tadi tak habis-habis. Macam nampakkkkk jer muka tutttttt tu.

Kisah nyer..
Tengah kita ni dok melipat kertas nasik lemak (standby untuk jualan esok hari) maka berhenti laa sebijik kereta kaler putih. Actually tuan kereta memang kami dah aim sejak dulu lagi dengan kerenah MADAM nyer yang 1001 jenis songeh. Yang buat ME masih bertahan.. as my mom was telling me.. itu customer lama Mak tu. So.. immediately 'sepasang' customers ni dapat title IMMUNE la konon nyer.

Cuma yang nak jadik bahan men-tuttttttt ni.. the MADAM boleh pulak berhenti.. park the car at the area which kilang sebelah selalu parking untuk staff dia then ketok-ketok alas kaki kereta dia. Hambik ko.. segala jenis habuk sampai jadi kelabu kejap pemandangan and that was during the first encounter.

Okey..

Hari ni..
That couple datang lagi and ME without having any 'bersangka buruk' pandang saja dari jauh. Actually tak jauh mana pun.. cuma tiba-tiba AGAIN si MADAM ni pi ketok lagi alas kaki dia.. and what do you think.. sekali lagi kelabu kejap pemandangan.

Ko dah kenapa????

Tak reti bahasa ke????

Tempat orang berjual makan.. ko pi buat macam tu????

Sayang sekali I was engaged with something else masa dia buat peil tak semenggah tu. What were you thinking????

Serious babe.. segala kata carut.. vulgar words ME nak sebut kat sini. Tapi cukup saja ME nak berpesan ;

1- Orang kalau ada otak dia takkan buat macam tu.. thus.. what does it means..
2- Orang kalau ada otak akan mintak maaf kut la dia TER...... so what does it means..
3- Orang kalau ada otak.. jauh sekali akan tunjuk kesombongan dia.. thus what does it means..
4- Orang kalau tau makna kebersihan.. dia takkan buat macam tu.. so what does it means??

Kalau dia nak komplen yang ME berjual di warong tepi jalan with all the dust and at some point.. boleh nampak segala benda-benda yang tak sedap dipandang.. well you have a choice. ME bukan sombong.. tapi if like so.. pi la cari rezeki perut di tempat lain. Mungkin di tempat yang tertutup dengan siap segala air condition and whatsoever.

Tapi still its my warong and I have a right untuk tegur benda-benda yang tak sepatut nyer.

Cuma.. again.. so fortunate untuk MADAM tutttttt tu.. and as I said.. I was engaged with other matters at the particular time.

Ngam ngam ME selesai.. dia pun chow. Tapi CPU usang of 45 years punya usage ni masih ketat ingat muka MADAM tu.. lagi sekali dia datang.. I'll personally handle her.

Harap-harap Allah makbulkan.. ameennnn..

Moral of the story :
Kita semua ada akal fikiran tuhan kurniakan. Cukup waras untuk membezakan buruk dan baik. Ini this case sudah tentu KEBERSIHAN.

Kalau kita tau nak bersih nak cantik.. so does other people. Mana-mana agama pun mengajarkan benda yang sama. Kat sekolah pun sejak kecik lagi cikgu-cikgi dah pasak ke telinga perihal kebersihan ni.

Kalau pun kita membeli makanan di warong tepi jalan.. tak semesti nyer kita boleh ambik ringkas buat sesuka hati kita.

Hormati si penjual. Bukan sahaja dari segi adab sopan.. bab-bab kebersihan jugak perlu diambil kira.

If you think your money is not good enough for them.. ko ada pilihan. Cari sahaja rezeki perut di tempat lain.

Zaman CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.. no more applicable in this year 2017. Sebab.. seller jugak ada hak.. ada maruah.

Jangan calarkan imej ko yang berbaju cantik.. berbau harum dengan peil yang tak semenggah persis seekor tuttttttt..!!!!

Sekian..

P/s; Mokcik warong nak pi pasar malam carik lala pulak sat ni.