Thursday, April 13, 2017

What were you THINKING..??

Kita bukan jenis mulut jahat.. kita bukan jenis suka nak menyumpah orang jauh sekali nak mencarut. Mak kita tak ajar semua tu tau. Come on la.. mak mana pulak yang ngajar anak nyer sebut benda-benda yang tak baik ni kan. Or.. ermmmmm..

Tapi kan.. ari ni kan.. kut la kita posa la.. rasa nyer tinggal hat lapar and dahaga jer. Dalam hati ni dok swearing dari tadi tak habis-habis. Macam nampakkkkk jer muka tutttttt tu.

Kisah nyer..
Tengah kita ni dok melipat kertas nasik lemak (standby untuk jualan esok hari) maka berhenti laa sebijik kereta kaler putih. Actually tuan kereta memang kami dah aim sejak dulu lagi dengan kerenah MADAM nyer yang 1001 jenis songeh. Yang buat ME masih bertahan.. as my mom was telling me.. itu customer lama Mak tu. So.. immediately 'sepasang' customers ni dapat title IMMUNE la konon nyer.

Cuma yang nak jadik bahan men-tuttttttt ni.. the MADAM boleh pulak berhenti.. park the car at the area which kilang sebelah selalu parking untuk staff dia then ketok-ketok alas kaki kereta dia. Hambik ko.. segala jenis habuk sampai jadi kelabu kejap pemandangan and that was during the first encounter.

Okey..

Hari ni..
That couple datang lagi and ME without having any 'bersangka buruk' pandang saja dari jauh. Actually tak jauh mana pun.. cuma tiba-tiba AGAIN si MADAM ni pi ketok lagi alas kaki dia.. and what do you think.. sekali lagi kelabu kejap pemandangan.

Ko dah kenapa????

Tak reti bahasa ke????

Tempat orang berjual makan.. ko pi buat macam tu????

Sayang sekali I was engaged with something else masa dia buat peil tak semenggah tu. What were you thinking????

Serious babe.. segala kata carut.. vulgar words ME nak sebut kat sini. Tapi cukup saja ME nak berpesan ;

1- Orang kalau ada otak dia takkan buat macam tu.. thus.. what does it means..
2- Orang kalau ada otak akan mintak maaf kut la dia TER...... so what does it means..
3- Orang kalau ada otak.. jauh sekali akan tunjuk kesombongan dia.. thus what does it means..
4- Orang kalau tau makna kebersihan.. dia takkan buat macam tu.. so what does it means??

Kalau dia nak komplen yang ME berjual di warong tepi jalan with all the dust and at some point.. boleh nampak segala benda-benda yang tak sedap dipandang.. well you have a choice. ME bukan sombong.. tapi if like so.. pi la cari rezeki perut di tempat lain. Mungkin di tempat yang tertutup dengan siap segala air condition and whatsoever.

Tapi still its my warong and I have a right untuk tegur benda-benda yang tak sepatut nyer.

Cuma.. again.. so fortunate untuk MADAM tutttttt tu.. and as I said.. I was engaged with other matters at the particular time.

Ngam ngam ME selesai.. dia pun chow. Tapi CPU usang of 45 years punya usage ni masih ketat ingat muka MADAM tu.. lagi sekali dia datang.. I'll personally handle her.

Harap-harap Allah makbulkan.. ameennnn..

Moral of the story :
Kita semua ada akal fikiran tuhan kurniakan. Cukup waras untuk membezakan buruk dan baik. Ini this case sudah tentu KEBERSIHAN.

Kalau kita tau nak bersih nak cantik.. so does other people. Mana-mana agama pun mengajarkan benda yang sama. Kat sekolah pun sejak kecik lagi cikgu-cikgi dah pasak ke telinga perihal kebersihan ni.

Kalau pun kita membeli makanan di warong tepi jalan.. tak semesti nyer kita boleh ambik ringkas buat sesuka hati kita.

Hormati si penjual. Bukan sahaja dari segi adab sopan.. bab-bab kebersihan jugak perlu diambil kira.

If you think your money is not good enough for them.. ko ada pilihan. Cari sahaja rezeki perut di tempat lain.

Zaman CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.. no more applicable in this year 2017. Sebab.. seller jugak ada hak.. ada maruah.

Jangan calarkan imej ko yang berbaju cantik.. berbau harum dengan peil yang tak semenggah persis seekor tuttttttt..!!!!

Sekian..

P/s; Mokcik warong nak pi pasar malam carik lala pulak sat ni.

3 comments: