Sunday, June 11, 2017

Safe Ampang Park.. save Cozy Corner..

Alhamdulillah..

Sampai jugak hajat kami nak dine di Cozy Corner, Ampang Park. Selama ni kami tak pernah pulak beriya sangat nak makan di sini. Tapi bila saja dapat berita yang Ampang Park bakal dirobohkan untuk beri laluan kepada projek MRT.. tak semena-mena terus macam panic attack.. nak jugak kena makan di sini at least buat kali yang terakhir.

Hence since la ni bulan Ramadhan.. kelam kabut jugak la nak cari masa. So.. iftar puasa hari ke-16 jadik pilihan kami.

And seawal 11.33am.. Ibu dah buat appoitment.. takut terlepas lagi.. sebab hari sebelum tu kami call lepas waktu zohor and diberitahu  'full house'.

Sejak dari awal lagi.. masing-masing dah mind-set nak order makanan yang tertentu. Yang sebetulnya dari kecil anak-anak pun dah biasa makan di sini thus masing-masing dah ada favorite dish.

Sesampai di sana.. terus dapat meja and kami mula order makanan. Cuma sedikit unfortunate nasik ayam yang jadi kesukaan Ibu no longer dijual thus terpaksalah Ibu order makanan yang lain.

The one thing yang 'wajib' ada..

Jom.. Ibu belanja sikit gambar-gambar dari our iftar-dine-out.






Kalau nak kira.. pilihan kami yang biasa-biasa saja tapi dah tempat ni kami dah terbiasa sejak dari zaman Ibu bekerja di Jalan Pinang, KL.. and Cik Asben pun selalu berkumpol di sini dengan kawan-kawan serumah masa zaman bujang dulu lagi.. then kami heret pulak anak-anak makan di sini.. so let just say.. Cozy Corner ni dah macam tempat wajib ziarah pada kami jika berkunjung ke Ampang Park..

And selepas selesai iftar.. terus sahaja kami balik ke rumah.. sempat lagi nak maghrib di rumah babe.

P/s; Cozy Corner will always be in our heart.

7 comments:

  1. Ampang park nak dirobohkan ye.. demi pembangunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada KSham.. memang sayang.. memang rugi.. tapi apakan daya..
      - demi pembangunan.

      Delete
  2. wow yang ada payung tu menarik la... yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ada payung tu memang menarik (extra).. segala yang extra..

      Delete
  3. Bestnya. Especially yang gambar first tu buat kita terliur ajer. Hehe.

    ReplyDelete
  4. wahh, setengah jam je dh smpi umah dari ampang park., dekat giler tuuu.,

    nostalgia 16 tahun lalu lalang ampang park ., 2001 - cozy corner sekali je wak santap kat situ sbb dipaksa belanja kawan2 makan., first n last., hahar2

    ReplyDelete