Saturday, July 22, 2017

Muka KETAT.. customer MELUAT..

Sabtu.. busy as usual.. alhamdulillah jugak jualan kami pagi tadi hampir 3 tong besar nasik licin. Cuma sedikit terbantut sebab sambal tumis habis (kering). Sambil-sambil tu ada jugak yang komplen kata sambal tumis kami..
- tak sedap langsung
- tak sedap macam dulu

Lauk yang sedikit berbaki pun cuma tinggal ayam rendang and sedikit ayam masak merah. Nevertheless.. alhamdulillah rezeki yang Allah beri.

Dalam pada tu.. dapat sedikit cerita yang tak best.. ada orang komplen.. muka kita ketat.. kelat ya'ni tak pernah senyum masa serve customer. Yang mengadu tu pulak.. tak pulak cerita direct ke Omak or me.. sebaliknya pi pulak ngadu ke Lisa (pembantu jualan kami di pasar - branch).

Macam-macam la kan.

Sentap.. YES.. sedikit terkesan sebab rasa nyer me memang jenis yang senyum (songeh). Kalau muka ketat tu.. adat la.. nama pun manusia. Insya'Allah akan cuba diperbaiki.
- mintak maaf la.. kalau time dah sibuk sangat tu.. memang kita pun tak perasan dah macam mana dah muka kita ni.

Tapi bila me pi cerita kat Omak.. jawapan Omak very positive attitude (or whatever way masing-masing nak mentafsirkan)

- orang yang komplen tu mungkin sakit ati sebab kehendak hati dia tak kesampaian ya'ni dia nak macam-macam so bila kita charge extra dia create cerita yang macam-macam jugak la. Sebab.. sampai ke hari ni.. orang lain asyik mintak sambal extra jer.. ada masa sampai macam tak seimbang dengan nasik tu sendiri.
- or mungkin ini hanya rekaan semata-mata dari pihak yang mengadu sebab langsung tak diberikan detail perihal orang yang mengadu. Macam Omak kata.. entah-entah dia sendiri yang reka cerita dengan maksud nak kata pekerja Omak yang baru ni tak pandai masak.

Apa-apa pun.. ini semua asam-garam orang berniaga. Kita yang berniaga ni.. ada masa memang kena banyakkkkk sabar sebab walau macam mana pun kita menolak hakiki.. memang rezeki kita dalam poket orang. Cuma SABAR kita tu ada batasan.. ada had nyer.

Mudah-mudahan esok hari Allah beri kekuatan dan kesabaran untuk mengadap ragam customers yang bermacam-macam. Ada masa.. boleh naik BP jugak babe.


P/s; Ni tadi my heroes tolong pilihkan my story bracelet.. yang si Arif la yang paling bersungguh. Terima kasih anak-anak.

Assalamualaikum.

Tuesday, July 4, 2017

Go GREEN for life..

Pejam celik.. pejam celik.. dah masuk Julai.. dah separuh tahun 2017.. target banyak yang tak sampai lagi.. mudah-mudahan wa'insya'Allah.

Syawal pun dah masuk hari ke 10 hari ni.. ada yang dah mula berpuasa sunat Syawal.. ada yang masih dengan raya mood.. open house sana sini.. macam-macam la kan.

Anak-anak pun dah bersekolah. Kawan-kawan anak pun dah mula ada yang bertanya.. bila korang nak buat open house (soalan dituju ke Arif, Haazem and Amsyar). Direct jugak budak-budak hari ni. Kita jawab.. insya'Allah.. ada rezeki.. sampailah nanti jemputan.

As for cerita kat warong.. not very much to tell sebab insya'Allah cuma by next Monday the 10th kami akan mula beroperasi. Hence sementara tu kita ambik la kesempatan memanjakan badan kat rumah. Kemas serba-sikit sana-sini. Belek itu ini. Things that we can't do so often when dah mula start berniaga.

And pagi ni.. turn anak angkat dalam pasu kat depan rumah ni pulak jadi sasaran. Actually.. area ni biasa nyer jadi tempat me and Cik Asben 'bergosip'.. sambil belek-belek pokok.. sambil-sambil bercerita itu ini. Cerita orang tua la ni. Tempat lain dah tak selamat sebab anak-anak suka menempel.

Well.. albeit rumah landed tapi tanah secoet pun tak ada.. tu sebab as I said 'dalam pasu'. Still.. cukup la untuk melepas hajat.







Nevertheless.. mungkin kami ni skima yang jenis orang kampung. Jenis yang suka yang hijau-hijau.. tempat untuk lepas stress. Ada masa dalam tak sedar ada jugak ter-ber-sembang dengan pokok-pokok ni sorang-sorang. Macam 'mengadu' la ni. Tak kisah la kan.. kita tak kacau orang lain pun.

In short.. Syawal kan sebulan.. Eidul fitri mubaraq..

Assalamualaikum.