Tuesday, July 4, 2017

Go GREEN for life..

Pejam celik.. pejam celik.. dah masuk Julai.. dah separuh tahun 2017.. target banyak yang tak sampai lagi.. mudah-mudahan wa'insya'Allah.

Syawal pun dah masuk hari ke 10 hari ni.. ada yang dah mula berpuasa sunat Syawal.. ada yang masih dengan raya mood.. open house sana sini.. macam-macam la kan.

Anak-anak pun dah bersekolah. Kawan-kawan anak pun dah mula ada yang bertanya.. bila korang nak buat open house (soalan dituju ke Arif, Haazem and Amsyar). Direct jugak budak-budak hari ni. Kita jawab.. insya'Allah.. ada rezeki.. sampailah nanti jemputan.

As for cerita kat warong.. not very much to tell sebab insya'Allah cuma by next Monday the 10th kami akan mula beroperasi. Hence sementara tu kita ambik la kesempatan memanjakan badan kat rumah. Kemas serba-sikit sana-sini. Belek itu ini. Things that we can't do so often when dah mula start berniaga.

And pagi ni.. turn anak angkat dalam pasu kat depan rumah ni pulak jadi sasaran. Actually.. area ni biasa nyer jadi tempat me and Cik Asben 'bergosip'.. sambil belek-belek pokok.. sambil-sambil bercerita itu ini. Cerita orang tua la ni. Tempat lain dah tak selamat sebab anak-anak suka menempel.

Well.. albeit rumah landed tapi tanah secoet pun tak ada.. tu sebab as I said 'dalam pasu'. Still.. cukup la untuk melepas hajat.







Nevertheless.. mungkin kami ni skima yang jenis orang kampung. Jenis yang suka yang hijau-hijau.. tempat untuk lepas stress. Ada masa dalam tak sedar ada jugak ter-ber-sembang dengan pokok-pokok ni sorang-sorang. Macam 'mengadu' la ni. Tak kisah la kan.. kita tak kacau orang lain pun.

In short.. Syawal kan sebulan.. Eidul fitri mubaraq..

Assalamualaikum.

4 comments:

  1. berbudi pada tanah, gerenti ada hasil la Kshamm...ehh Kshammm hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. betul Sha..
      - saje la tu kan.. ishhhh..

      Delete