Tuesday, January 3, 2012

Tauhu goreng berlada with lots & lots of anchovies -vs- Rendang burung puyuh

LUNCH, the most crucial dish of the day.. mana tidaknya, time ni la hero-hero Ibu balik dari sekolah and the first thing that they might ask.. "Ibu masak ape ari ni?". Untuk Haazem, senang jer, anything as long as bergoreng and free from any vege.. whereas for Amsyar its a bit complicated. It got to be simple, catchy but nevertheless suits his "tekak and selera" ie, pedas and got some color. Tu la bahana kalau dah dibesarkan dari tangan uwan and atok. Selera orang tua..

Hari ni, lunch is very simple but full of proteins with it. Tauhu goreng berlada with lots and lots of anchovies. Tauhu basah tu banyak je jual kat kedai area opis Cik Asben. Ikan bilis tu, sementara stok masih ada laa.. Kalau dah abis nanti, kena la pi cari.. tapi ni tengah dok usaha suruh mak hantar stok dari Malaysia. Mana nak sama stok sana dengan stok dari Sri Lanka or India. Keras kejung. Mau luka gusi dok ngunyah.. itu pun belum tentu rasa camana lagi. 

Nak kira lauk ni, memang lauk low budget.. ie. serendah 900fils (tak sampai 1KD pun). 
Tauhu basah : 500fils
Misc : 400fils
Total : 900fils
Tapi kalau nak convert ke RM, mau cecah RM11.00 jugak ni. 

Kalau pikir bab $$ conversion ni, memang tak sanggup la nak makan kat luar. Tapi apakan daya, dah dok kat negara pasir berdengung ni,  suma mahal.. dah la 1KD bersamaan RM11.40.. aduhaiiiiii... So redha' jer la kalau tiap kali belanja untuk anak-anak kat bakala (kedai runcit) cecah 1KD.. pikir macam RM1.00 je la.. hurmmmm..
 
Malam ni kita merendang pulak. Rendang burung puyuh (my style). Tu ari dah merasa rendang burung puyuh air tangan Cik Ija... tu la yang tetiba datang idea ni. Setakat ni sambutan OK la.. maybe sebab lauk tauhu goreng masih ada sikit lagi. Ibu pun rasa macam nak meratah aje ni.. nak diet (KUNUN !!!)

Biasanya kalau burung puyuh, Ibu goreng je. Memang 1 tray pun tak cukup. Tapi sesekali, kita cubalah something different. Kalau slow jer, then faham-faham sudah la kan..



No comments:

Post a Comment