Friday, January 20, 2012

My 2 version of Chicken Chop


This shall be my last entry for tonight. Nak cerita jugak pasal my two version chicken chop ni (macam dah tak sempat nak tunggu esok je dah).

Kalau tengok balik both pictures macam tak ada banyak beza pun kan, tapi sebenarnya IMPAK MAKSIMA jugak nih. Gambar hat pertama tu, ayam tu salut dengan bread crumbs, gravy pulak Ibu try buat brown sauce. While the other dish.. ayam tu salut dengan tepung biasa jer tapi sos resepi asal dari my mom. Ibu buat both dishes dalam malam yang sama jugak.. 

Kisah nyer... anak-anak and even The Sir of the house takmo makan the first dish... kalau makan pun dengan muka tak sepenuh hati. Kununnya.. chicken chop tu rasa tak sama "macam dulu". Dulu masa dok Malaysia selalu la jugak buat chicken chop ni. Can be considered as "favorite dish" jugak la ni. Kadang-kadang kalau terlebih rajin tu, siap panggil kawan-kawan datang umah.. testing chicken chop nih. Memang kawan-kawan tak pernah bagi bad comment lagi la. Tu sebab makin rajin buat makan-makan and jemput kawan-kawan datang melepak kat umah. Tapi malam tu Ibu punya la SEDIH bila Cik Asben and anak-anak layan my chicken chop dengan muka "terpaksa". Memang dah nangis dah time tu.

Tapi Bonda selalu pesan, kalau kita IKHLAS, insya'Allah hasil mesti bagus.. so selepas masing-masing dok bagi MUKA TOYA, Ibu gigihkan jugak masak but with the original recipe. Alhamdulillah.. senyum kenyang masing-masing lepas tu. Baru la nampak senyum kat muka Amsyar, siap kata "sedap Bu.. terima kasih bagi abang makan.." Cik Asben.. biasa la.. kalau tak tanya, takkan bagi respon pun.. But being his wife for many years now.. tau la respon dalam hati dia tu (cehhh.. beli jiwa sendri...) 

Later that night, lepas abis kemas dapur.. baru la Ibu boleh masuk tidur dengan aman.. tapi time masak tu.. memang sedih giloss la.. memang rasa nak menjerit dah.. Eiiii !!!! Memang Ibu frust sangat dah time tu. Ye la, ingat nak bagi sikit "pembaharuan" but then dah Cik Asben and anak-anak still suka the old version.. nak buat macam mana kan.. Conclusion.. jangan ingat semua yang baru tu BAGUS.. Ada kalanya.. hat yang lama tu jugak orang mencari..

Sekian... chiow...


No comments:

Post a Comment