Thursday, January 19, 2012

Sambal telur ngan ikan bilis

Assalamualaikum all,

Here, is another one of my kids favourite, especially Amsyar. Hatta kalau buat setiap hari pun kompom tak ada masalah. Tapi masalahnya, kalau stok cili blend ada, okey la boleh proceed. Otherwise.. jadi resepi lain la pulak nanti.

Ibu pun bukannya boleh buat selalu dish ni.. sebabnya.. stok ikan bilis terhad babe. Ikan bilis kat umah ni masuk dalam kategori barang kawalan. Nak beli local stocks.. boleh aje.. Tapi nanti kalau rasa lain, saiz pulak gedabak then keras kejung.. jangan salahkan Ibu pulak.

Resepi ni asalnya Ibu accidentally nampak kat wall Mizi. Orang bujang yang sorang ni memang rajin masuk dapur. Jangan terkejut kalau tetiba jumpa sambal ikan sardin ngan petai la, sambal telur ngan kicap la.. macam-macam boleh keluar dari dapur orang bujang sorang ni. Okey, pada sesiapa yang berhajat, sila semak resepi dibawah... Chiowww..

Sambal telur ngan ikan bilis

Bahan-bahannya;
Ikan bilis secukupnya
Bawang besar, dimayang
Cili blend - sepedas yang dihajati
Telur - suka hati la nak brape biji pun

Cara menyediakan;
Goreng ikan bilis hingga garing - ketepikan
Goreng bawang yang telah dimayang - ketepikan
Tumiskan cili blend hingga garing
Gorengkan telur (kuantiti ikut suka) dan masukkan sekali ikan bilis dan bawang tadi
Perasakan dgn garam
Setel..

No comments:

Post a Comment