Friday, February 3, 2012

Gulai Ikan Parang ngan Petai & Mangga



Lunch time (kat sini).. orang kat Malaysia dah dinner time ni..

Ni kisah marathon nak mengosongkan isi perut fridge yang dah 3/4 penuh tu. Godek-godek jumpa lak ikan parang.. sure dah lama beli ni sampaikan boleh terlupa lak kewujudan ikan parang ni. Tak kisah la kan.. janji tak masuk tong sampah or sampai tahap Ibu nak balik cuti summer. Kompom kena sound dek Cik Asben nanti. Tapi sebetulnya segala barang-barang dapur di rumah ni pun Cik Asben yang bertanggungjawab membelinya. Ibu cuma prepare list nyer sahaja. Tambah pulak Cik Asben ni kalau suruh beli sekilo, suka sangat beli dua kilo. Dia kata tak sampai hati nak beli sekor dua jer. So conclusion, makin bertimpa-timpa la stok dalam freezer tu.

Gulai ikan parang berpetai ngan mangga ni kisahnya sangat la disukai dek ayananda Ibu. Tapi dia prefer  Bonda yang masakkan. Biasa la dah berpuluh tahun makan air tangan Bonda sure lain dari air tangan Ibu kan. Orang Negeri Sembilan pulak kalau menggulai memang suka boh sidekicks macam-macam such as petai, mangga, bachang, rebung, belimbing buluh, daun pucuk pegaga.. ishhhh, macam-macam la. Dah tu tak semestinya satu jenis dalam satu lauk tu. Ikut la pada selera masing-masing.

Pada yang kurang pasti cara-cara memasak gulai ikan parang ni (style or N9 la), jom tengok-tengok resepi kat bawah ni;

Bahan-bahan
Ape-ape ikan pun (agak-agak la)
Kunyit (kalau tak ada, serbuk kunyit pun okey je)
Cili api (secukup pedas yang dikehendaki)
Santan (Ibu guna santan dalam tin je)
Sidekicks.. terpulang.. cuma seperti dalam gambar tu, kali ni Ibu guna biji petai dan mangga muda


Cara-cara
Blend cili api, tapiskan dan masukkan air cili ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak
Masukkan santan, sedikit air (jika terlalu pekat) dan serbuk kunyit
Gaul perlahan (selalu) hingga kuah masak
Kemudian masukkan ikan dan biarkan seketika
Apabila ikan dan masak, masukkan petai dan mangga
Perasakan dengan garam
Kacau lagi dengan perlahan hingga gulai ikan mesra dengan kuah
Beressss..

Nota kaki
Gulai tu bahasa N9, sama je makna nyer dengan masak lemak
Orang N9 kalau menggulai, tak ada guna bawang merah, bawang putih atau lengkuas dan sebagainya
Bahan-bahan di atas ada bahan asas dalam masakan GULAI orang N9

No comments:

Post a Comment