Friday, February 3, 2012

Sotong Goreng Kunyit


Salam pagi Jumaat yang barakah to all..
Hari ni, dalam nak tak nak masak.. Ibu kena masak juga. 

Pertama sebab perut lapar and before hero-hero Ibu gi Solat Jumaat kat Masjid Kabir, kenalah isi cukup-cukup dulu. 

Kedua, fridge dah hampir penuh tu. Idea masak macam-macam tapi memandangkan asyik adaaaa jer hal, asyik tertangguh jugak la plan nak masak tu. 

Ketiga, malam tadi, Ibu over-load.. so faham-faham sudah la.. so bahana dari kelaparan tahap melampau ni.. nasik jugak yang ku cari..

Yang sebetulnya semalam kat umah Ija, kami sempat merasa sotong masak kicap.. air tangan Cik Ija ni memang secukup rasa. Hatta anak-anak Ibu yang a bit selective tu pun, boleh masuk perut. Kira okey sangat la tu. Jadi nyer berinspirasikan dari lauk Cik Ija tu, ari ni Ibu masak sotong goreng kunyit. Lagi pun lama jugak dah Cik Asben berhajat ni. Tapi itu la.. asyikkkkk ada jer hal, so asyikkkkkk pospon je la jugak.

Nak masak sotong goreng kunyit ni, simple ya amat. Maka ketahuilah bahawasanya, Ibu ni bukanlah jenis yang suka masak-masak menu yang complicated. Janji anak-anak and Cik Asben agree with it, dah kira syukur alhamdulillah sangat.

Pada yang sudi berkongsi ilmu dengan Ibu, jom tengok kat bawah;

Bahan-bahan
Sotong (also applicable to daging, fillet ayam dan udang)
Cili merah dan cili hijau - dipotong serong
Bawang besar - dimayang
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk memasak (standard la kan)

Cara-cara
Bersihkan sotong dan potong mengikut cara masing-masing.. no restriction okey
Toskan dan gaulkan dengan serbuk kunyit.. hat kuning tu ikut la banyak mana sotong kita tu... adjustable
Kemudian terus goreng kosong dalam kuali (untuk keringkan air sotong)
Selepas agak-agak air sotong tu dah kering, boleh la masukkan sedikit minyak
Masukkan bawang besar yang telah dimayang bersama dengan cili hijau dan merah
Perasakan dengan garam
Gaul sebati
Setel dan sedia untuk dihidangkan..


No comments:

Post a Comment