Wednesday, February 8, 2012

Ikan kerapu goreng tiga rasa


Selamat malam semua..
Dah makan malam ke? Ni Ibu nak share satu resepi yang sure ramai yang tahu.. Ikan kerapu goreng tiga rasa. Versi masak ikan ni ada macam-macam. Terpulang la pada cara masing-masing. Kalau Ibu masak, lagi sempoi.. bergantung pada bahan-bahan sidekicks yang Ibu jumpa dalam perut fridge di rumah ni. Setakat makan anak-beranak, cukup la kan..

Kalau sudi berkongsi ilmu, jom kita semak resepi..

Bahan-bahan;
Ikan kerapu (ikan lain pun boleh jugak)
Lada benggala empat kaler (Ibu suka guna hat oren, kuning, merah dan kuning)
Nenas kiub (dalam tin tu la)
Sebiji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit halia (adjustable)
Cili api (kalau nak pedas)
Sos tiram
Sos tomato dan sos cili
Gula dan garam untuk perasa

Cara-cara menyediakan;
Ikan kerapu diperap dengan serbuk kunyit dan garam sekejap lalu digoreng dengan kadar garing mengikut kehendak masing-masing (ini biasa la kan)
Toskan dan ketepikan lalu dihidang di dalam bekas yang sesuai.
Blend-kan bawang besar, bawang putih, halia dan cili separa hancur
Kemudian tumiskan sehingga naik bau
Setelah itu, masukkan sesudu sos tiram, sedikit sos tomato dan sos cili 
** pada yang lebih suka menggunakan cili blend, no problem at all
Setelah sos telah mesra, masukkan lada benggala yang telah dipotong dadu dan nenas kiub ke dalam sos
Perasakan dengan gula dan garam
Lalu dituang sos tersebut ke atas ikan kerapu yang telah siap digoreng tadi
Beres

Nota kaki;
Cara Ibu memasak sememang nyer amat ringkas hatta bahan-bahan pun sememang nyer minimum.
Pada yang lebih kreatif, jika nak tambah bunga lawang, kayu manis dsb semasa menumis.. itu sebenarnya lagi sedap dan wangi.. tapi apekan daya.. hero-hero Ibu tak suka sebab komen yang diterima.. "tak suka bau rempah".

No comments:

Post a Comment