Friday, February 10, 2012

Peace begins with a smile - Grand tour to Masjid Al-Kabir


Peace begins with a smile..
Memang hari ni dok senyummmm ajer. Sejak bangun tidur sampai malam ni pun senyummmm jugak lagi. Tak cukup dengan senyum, terasa tenang hati ini. Sebab nyer.. hari ni Ibu berpeluang menziarahi  Masjid Al-Kabir, Kuwait. Masjid Al-Kabir (Besar) Kuwait adalah merupakan masjid yang terbesar di sini. Ia dibina dengan menelan belanja sebanyak 14,000,000.00KD. Bayangkan la jika di-convert ke MYR???? Secara ringkasnya, pembinaan masjid ini telah dimulakan pada tahun 1979 dan siap pada tahun 1986. Semasa bulan Ramadhan, Masjid Al-Kabir boleh menampung seramai 170,000 jemaah  dan jumlah ini mampu meningkat sehingga 180,000 jemaah semasa solat Terawikh terutamanya pada 10 malam yang terakhir. For more info, you can always visit these links here and here

Lawatan Ibu dan beberapa rakan-rakan hari ini sebenarnya adalah di bawah projek Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri, Kuwait. Tak pandai la nak cerita-ceriti ni.. Jom kita tengok gambar-gambar during my visit to the mosque today.

Sempat jugak Haazem & Arif join sekali.. last minute approval from Mrs. Secretary

Antara pintu kayu jati bermutu tinggi yang terdapat di dalam Masjid Al-Kabir

Lampu kristal (gold plated) ini berat nyer 500kg setiap satu

Jubin-jubin ini didatangkan khas dari Iran

Kaca-kaca berwarna ini mempunyai ketebalan 2cm setiap satu berfungsi sebagai "heat resistance"

Seni ukir di dalam Masjid Al-Kabir ini kebanyakkan nyer adalah bercirikan kebudayaan Morocco (dah tu arkitek pun dari sana)

Me and Azian (picture credit to Azian collection)

Ini adalah laluan khas untuk Emir As-Sabah setiap kali Baginda ingin menunaikan solat di sini

Model tidak rasmi semasa lawatan ini

Masjid Al-Kabir dari pandangan hadapan

Keadaan Masjid Al-Kabir menjelang 10 malam terakhir Ramadhan
(gambar dari FB Kuwait Grand Mosque)

Keadaan Masjid Al-Kabir menjelang 10 malam terakhir Ramadhan 
(gambar dari FB Kuwait Grand Mosque)

 Keadaan Masjid Al-Kabir menjelang 10 malam terakhir Ramadhan 
(gambar dari FB Kuwait Grand Mosque)

Gambar ihsan dari FB Puan Noor Aza

Gambar ihsan dari FB Puan Noor Aza

Apabila diajukan soalan mengenai seni ukir serta hiasan-hiasan di dalam Masjid Al-Kabir ini, "tour guide" kami menjelaskan bahawa, ia bukanlah keutamaan semasa pembinaan Masjid Al-Kabir ini. Tambah beliau lagi, alasan ini adalah kerana mengambil kira "kita ni pi masjid nak pi solat.. bukan nak tengok hiasan dalam masjid".. dah betul sangat la tu..

No comments:

Post a Comment