Wednesday, February 1, 2012

Ikan Sardin Goreng Berlada - lauk catuan setin sebulan

Exhibit A

Exhibit B

Exhibit C

Exhibit D

Exhibit E

Exhibit F
arrr.. lihat la betapa hensem nyer sardin cap ayam buatan Malaysia.. yang tengah hat hijau tu buatan negara jiran kita.. tapi kompom merah kuning tetap pujaan hati Ibu..

Hi all..
Lunch time dah ni.. just nak kongsi satu menu mudah yang tersangattttt la femes kat umah ni. Sardin goreng berlada. Hatta, kalau dimasak tiap minggu pun... kompom takkan jemu. Kalau tak abis, (jarang-jaranggggg) Ibu recycle buat inti sandwich pulak. Namun membazir.. tidak sama sekali.

Memandangkan sardin ni berat jugak la (setin hat kecik tu 155-200grams) jadi nyer Ibu tak boleh la nak bawak banyak. Sekali ngangkut stok tu ada la dalam 20-25 tin ajer (itu pun cashier dah jeling-jeling sampai nak juling). Kena la berhemah sebab balik setahun sekali sure barang lain pun nak bawak jugak kan.

Nak masak lauk sardin ni pun, kalau ikut catuan asal.. dalam 1-2 tin sebulan jer. Kekdahnya kalau ada teragak nak buat nasi goreng sardin atau sardin goreng berlada macam dalam gambar-gambar tu.. Ibu guna la sardin cap ayam ni. Otherwise kalau setakat nak buat sandwich buat bekal pi KAFA ke.. Ibu guna yang hat ijau tu ajer.. 

Cara memasak, memandangkan sardin ni cepat "meloyakan" (pada Ibu la), so Ibu prefer tumis dengan cili (kasi xtra cili yek). Tapi sebelum tu ikan sardin tu pun Ibu goreng jugak dulu. Lain-lain tu sama jer. Sardin ni pun cara masak very versatile. Boleh campur belimbing buluh, mangga, kentang, pucuk ubi etc. Ikut suka tekak masing-masing la ya. Tapi yang paling wajib, at the end of the cooking.. kena perah asam limau sikit. Ya habibi.. dengan bau yang cukup semerbak.. dengan rasa pedas-pedas sikit, masam-masam sikit.. what more can you ask from a simple dish like this.. superbbb babe..

Tapi ada jugak orang kata, (orang yang kata, bukan Ibu) sardin ni tak brape elok untuk kesihatan. Kesahihan fakta ni, wallahualam la.. Ibu pun bukan makan selalu sangat. Kalau dah teragak atau KECEMASAN sahaja ie.. lauk tengah-tengah malam.. so okey la kut.. Anyway, pada yang was-was.. jangan la makan. Macam Ibu, Ibu redha' je la..




No comments:

Post a Comment