Wednesday, February 1, 2012

Sup Ketam - Si Cinonet Demam

-

Assalamualaikum and joy rising Wednesday everybody,

Cuaca di Kuwait 2-3 hari lepas memang tak menentu jer. Kejap-kejap hujan, kejap-kejap hujan.. Dah la tengah musim sejuk ni. Mujur la Haazem tengah winter break. Kalau tak, kesian jugak ke Manja Ibu sorang tu sebab kena meredah hujan. Unfortunately, Si Cinonet pulak yang mulanya hanya selsema, la ni demam la pulak. Selera makan for sure la terbantut. Suma nak tapi bila disuap makan.. sikittttt jer yang lalu. Ibu harap hari ni Arif semakin sihat.. tambahan pulak cuaca nampak okey hari ni.

Since Arif dah demam tu, Ibu decided buatkan dia sup. Kalau masa demam ni sup-sup sedap kat tekak. Godek-godek fridge, ada lak jumpa ketam 2-3 ekor. Cukup la tu, setakat buat lalu kat tekak (ayat nak cover sebab sebenarnya itu je yang tinggal). Karang lunch, kita cerita lauk lain la pulak ya.

Alhamdulillah, selera jugak la Arif makan. Tapi adat la orang tak sihat, baru je 5-6 suap.. "Ibu, Arif dah kenyang la". But still Ibu bersyukur ada jugak la nasi yang masuk ke perut Si Cinonet tu. Risau jugak, dah la dia tu cikedengggg jer. Kalau demam, cepat sangat nampak susut nyer.

Sup ketam ni tersangat la simple nak buat. Kalau ikut style Ibu, cuma tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Lepas naik bau, masukkan air. Kemudian masukkan ketam dan biarkan sekejap. Perasakan dengan garam dan akhir sekali masukkan daun sup. Beressss.. Jangan lak lupa tutup api. Haru je karang...

Nevertheless, cara kita masak ni sebenarnya macam-macam. Tak perlulah terikut sangat dengan resepi sebab sebenarnya air tangan seseorang tu la yang sebenarnya akan determined how is the end results.  

Wokeih... ada rezeki kita sambung lagi.. daaaa...

No comments:

Post a Comment