Wednesday, February 15, 2012

Gulai ikan sembilang salai


Assalamualaikum semua,

Pagi ni just nak share satu lagi menu wajib masyarakat Melayu di Negeri Sembilan.. Gulai ikan sembilang salai. Pada yang kurang kenal, ikan sembilang ni sama jer dengan ikan keli. Cuma beza, ikan keli laut atau sungai saja. Hari ni pun dah banyak ikan keli air tawar. Well in my case, Ibu tak tanya la pulak asal-usul ikan-ikan yang Bonda dah salai tu. Suma Abang Man dari pasar borong Selayang yang provide. Cukup masa, dia orang hantar ke rumah, kita orang pakat-pakat cuci ramai-ramai then salai.


Menyalai ikan sembilang (ikan keli) ni lain sikit dari menyalai daging, ayam atau itik. Sebabnya, ikan mestilah disalai diatas pelepah daun pisang. Ikan sembilang ni sangat lembut, jadi bila dah dialas dengan pelepah daun pisang tu, senang la nak dibalik-balikkan semasa menyalai, plus ada tambahan pada aroma salaian selain dari bau asap tempurung dan sabut kelapa. Tambah pula, ikan akan menjadi lebih bersih jika dibandingkan disalai terus di atas dawai atau para besi. Isinya juga tidak akan melekat semasa hendak diangkat dari para besi tadi. Rugi wooooo.. Jangan cerita ke sesapa ya.. itu tips dari Bonda.

Cara memasak gulai ikan sembilang salai.. lebih kurang sama jugak seperti memasak gulai daging salai. Pada yang baru nak belajar memasaknya, jom kita study sama-sama..

Bahan-bahan;
Ikan sembilang salai 
Cili api (yang merah bukan hijau, nanti kuah rasa maung)
Kunyit hidup (kunyit serbuk pun okey jer)
Serai
** jika tidak menggunakan serai, boleh la digantikan dengan mangga, belimbing buloh, bachang, pucuk ubi, buah cepu dsd.
*** jika ada - daun kunyit. Kombinasi serai dan daun kunyit.. power babe..
1 tin santan pekat (tambah air jika perlu)

Cara-cara memasaknya;
Blend cili api bersama kunyit, tapis dan ambil airnya sahaja lalu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak.
** Tips dari Bonda, ikan sembilang susah nak masuk kuah bila dah disalai, so pada yang kurang tahan pedas, please be a bit prudent with the use of the chilies.
Masukkan santan dan tambah air jika perlu.
Kacau selalu agar kuah tidak meruap.
Apabila kuah telah mendidih, bolehlah dimasukkan bahan-bahan sidekicks.
Masukkan ikan sembilang salai dan perasakan dengan garam.
Masakkan sekejap dan bolehlah dihidangkan.
** Ikan sembilang yang telah disalai can be considered as "dah masak" so tak perlu dimasak lagi dalam tempoh yang lama. Otherwise, hancur pulak ikan tu nanti.

Ini adalah gambar koleksi semasa pi picnic kat Port Dickson balik summer last year
Ibu tak suka makan kulit ikan dan kepala ikan, selalunya Ayahanda la yang jadi tukang kutip.. tu sebab me dan my dad kena dok sebelah-sebelah.. senang nak pass-pass makanan
(anak Ayah la katakan)


8 comments:

  1. Kak sham,sedapnya gulai ikan semilang salai. anis memang suka sangat2 la dengan gulai macam ni. selalu buat gulai daging salai. pasni bleh try ikan semilang plak

    ReplyDelete
  2. Dik,

    Di Brunei rasa nyer senang jugak kan nak dpt stok ikan sembilang @ ikan keli. Kami di sini cuma merasa kalau balik ke Msia sajalah.

    ReplyDelete
  3. saya memang gemar makan ikan sembilang salai campur terung telunjuk atau gelimbing .. masak sambal tumis juga suka ..

    ReplyDelete
  4. Ikan sembilang salai masak sambal tumis memang sedap..

    p/s;
    Alahai.. mana la pulak nak cari ikan sembilang kat sini..

    ReplyDelete
  5. salam shamsiah.. tak pernah lg merasa masakan ikan yg disalai ni.. terasa gak nak makan sesekali.. ikan keli pun ada yg salai kan.. daging pun ada rasanya..

    k.nor dah upload gambar pokok selasih kat entri udang tadi :)

    ReplyDelete
  6. Alaikumsalam wbt K.Nor,

    Org N9 biasa saja K.Nor bab2 menyalai ni.. dari ikan, daging dan jugak ayam.
    Tapi sekarang ni susah sikit nak dapat yg original sebab seller suka BAKAR saja (nak cepat).
    Kalau yg ORI tu mmg lama..

    ReplyDelete
  7. Nampak je gulai semilang salai terus follow blog ni, hihi biase la org n9 mmg pantang sket nmpk semilang salai....sedapnye..:(

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Mimie.
    Gulai ikan semilang salai mmg femes la kek N9.
    K.Sham kalau balik kg, mmg kalu blh carik ikan semilang salai la dulu.

    ReplyDelete