Beautiful Friends

Monday, March 19, 2012

Gulai Ikan Sembilang Salai


Alhamdulillah,
Rezeki malam ni. Menggulai pulak kita. Menu.. gulai ikan sembilang salai. Buah tangan dari Ustaz Romizi. Sebetulnya ada sahabat baru balik dari Tanah Malaya. Tak sangka pulak sempat Mizi berkirim dengan Bonda-nya untuk stok ikan sembilang salai. Jadi dah malam ni malam anak-anak belajar mengaji, so Ibu offer diri untuk masakkan untuk dia. Well, semalam lagi dia dah call mintak resepi. Alang-alang bahan semua dah ada, ape sangat la kan...

Pada yang rasa ingin berkongsi ilmu, boleh cuba tengok di bawah. Actually, Ibu copy paste dari resepi gulai ikan sebilang salai yang terdahulu sahaja.

Bahan-bahan;
Ikan sembilang salai 
Cili api (yang merah bukan hijau, nanti kuah rasa maung)
Kunyit hidup (kunyit serbuk pun okey jer)
Serai
** jika tidak menggunakan serai, boleh la digantikan dengan mangga, belimbing buloh, bachang, pucuk ubi, buah cepu dsd.
*** jika ada - daun kunyit. Kombinasi serai dan daun kunyit.. power babe..
1 tin santan pekat (tambah air jika perlu)

Cara-cara memasaknya;
1- Blend cili api bersama kunyit, tapis dan ambil airnya sahaja lalu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak.
** Tips dari Bonda, ikan sembilang susah nak masuk kuah bila dah disalai, so pada yang kurang tahan pedas, please be a bit prudent with the use of the chilies.
2- Masukkan santan dan tambah air jika perlu.
3- Kacau selalu agar kuah tidak meruap.
4- Apabila kuah telah mendidih, bolehlah dimasukkan bahan-bahan sidekicks.
5- Masukkan ikan sembilang salai dan perasakan dengan garam.
6- Masakkan sekejap dan bolehlah dihidangkan.
** Ikan sembilang yang telah disalai can be considered as "dah masak" so tak perlu dimasak lagi dalam tempoh yang lama. Otherwise, hancur pulak ikan tu nanti.

Status semasa masih dalam kuali

Nota kaki;
Since that kali ni Ibu menggulai dengan mangga, so skip on the serai and daun kunyit part la ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...