Assalamualaikum all,
Kali ni jom kita cerita pasal Cik Bawang Merah pula ya. Bawang ni ada dua jenis;
1- Bawang merah hat kecil
2- Bawang besar
Cik Bawang ni punya la femes hinggakan menjadi salah satu sayuran yang penting dalam bahan masakan masyarakat Melayu. Manakala daun bawang merah pula boleh digunakan sebagai tambahan rencah dalam masakan 
sup, sayur-sayuran, salad atau pun sebagai penghias lauk-lauk lain.
Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia 
juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.
Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah 
terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka 
mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. 
1- Sebatian 
pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian
 kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai 
mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia
 mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, 
anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang
 merah didapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah 
didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang 
biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin 
dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel 
kanser.
2- Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia 
mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya 
meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit
 symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan 
strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan
 risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap
 gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan 
keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.
Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu 
tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi
 Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah 
(blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit 
kelihatan muda (ini memerlukan rujukan dan kajian yang lebih terperinci).
Manakala bawang besar pula, terdapat  bawang besar China 
(jenis bulat) lebih sedap berbanding dengan bawang besar India (bulat 
leper dan lebih 'pedas'). 
Kajian saintifik mendapati setiap 100 gram bawang besar, bahagian yang boleh di makan mengandungi 83 g air, protein (1-2 g), karbohidrat (5-9 g) dan tenaga 150 kiloJoule. Bahagian bawang yang boleh dimakan mencapai 90% dari kesemuanya kerana 
bawang besar hanya mempunyai kulit yang sangat nipis dan bertahan agak 
lama. Kandungan terpenting dalam bawang besar dikenali sebagai S-Alkenyl cysteine sulphoxides iaitu bahan aktif yang berfungsi dalam menambahkan perisa dan kesedapan dalam makanan.
Lepas ni nampaknya Ibu kena rajin guna bawang kecil instead of bawang besar la. Selama ni bawang kecil hanya berguna kalau Ibu nak buat bawang goreng saja. 
Nota kaki;
Entri kali ini adalah jasa baik dari Tok Wi.



No comments:
Post a Comment