Monday, March 19, 2012

Ikan Tenggiri Masak Kari


Assalamualaikum & selamat pagi..
Hari ni kan bukak penggal persekolahan yang baru di Malaysia, so "selamat" untuk semuanya la ya..
Ibu juga berdoa dan berharap hari ni last paper final exam Haazem berjalan dengan lancar. Semalam dah terpaksa kena postponed sebab ribut pasir sampaikan semua sekolah di arahkan tutup. Biasa la kan, anak-anak yang exam, mak ayah yang tumpang kepoh kan.

As I've once mentioned, once cili kering blend dah ada "stok", maka rajin la sikit Ibu nak masak kari or asam pedas. Unless if it really "in need", baru la Ibu guna serbuk cili kering sahaja. Orang India, Pakistan dan Bangladesh ramai kat sini so itu la antara rahmat nyer. Rempah-ratus yang sewaktu dengannya memang senang la nak dapat kat sini. But given a choice, Ibu prefer guna hat yang dibawa dari Tanah Malaya lagi.

Okey, my version of masak kari memang teramat la sempoi. Dah Bonda ajar macam tu, macam tu jugak la yang Ibu biasa buat. Cuma kadang-kala ada la sikit-sikit bereksperimentasi. Try modify itu dan ini. End-result..depends..

Pada yang sudi, resepi dah ditepek di bawah ya..

Bahan-bahan;
Ikan tenggiri - digoreng sedikit terlebih dahulu, tapi kalau nak terus masak pun okey jer
5-6 sudu makan pes cili kering (Ibu suka pedas sikit)
3-4 sudu makan serbuk kari daging Babas (Ibu jarang guna serbuk ikan sebab rasa masam sikit la)
2 tangkai daun kari - untuk bau jer kan
* Sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
(Semua bahan * diblend halus)
1 tin santan pekat

Sidekicks;
Tomato, bende, terung etc..

Cara-caranya;
1- Tumis bahan kisar dan daun kari hingga naik bau.
2- Masukkan pes cili kering dan serbuk kari dan kacau sehingga terbit minyak.
3- Setelah itu, masukkan santan dan sedikit air jika perlu.
4- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan.
(Ikan tidak perlu dimasak lama sebab telah digoreng terlebih dahulu)
5- Masukkan sidekicks dan perasakan dengan garam.
6- Beres..

No comments:

Post a Comment