Sunday, March 18, 2012

Kue Tiaw Sup


Assalamualaikum all,

It has been such a busy weekend if I might say. Ribut pasir melanda negara Pasir Berdengung la pulak gamaknya. Dua hari ie Jumaat & Sabtu, kami banyak beraktiviti dalam kawasan tertutup saja. Tapi hari ni la yang paling teruk sekali sampaikan Kementerian Pendidikan terpaksa mengishtiharkan cuti untuk semua sekolah, kolej dan universiti. Suka bukan kepalang la budak-budak ni.

Unfortunately, bila dah ribut pasir.. confirmed la satu rumah nak kena servis. Tho' tingkap semua bertutup tapi dah namanya pun debu pasir.. banyak jugak la yang terlepas. Hatta bila dah rumah bau "pasir" eiiii.. lemas laaa...

Walaupun rumah Ibu tidak la sebesar mana, tapi kerja-kerja pembersihan bukan sedikit. Dari dapur sampai la ke bilik tidur.. Wooooo.. mau patah pinggang seharian dok pegang vacuum. Akibatnya, lunch as simple as nasi goreng udang pedas dan malam ni Ibu cuma prepare Kue Tiaw Sup sahaja.

Untuk Kue Tiaw Sup ni, tak perlu la Ibu perturunkan resepi lengkap kan. Semua dah pandai kannn..

Yang penting;
1- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2- Selepas itu masukkan air hingga mendidih.
3- Kemudian bolehlah dimasukkan segala aliens atau harta-harta yang patut seperti udang, fishball, fishcake, meatball atau ape-ape sahaja.. again, be logical okey.
4- Apabila  semua telah masak, perasakan dengan garam.

* Celur kue tiaw. Kali ini Ibu dapat stok kue tiaw basah dari kedai Bobby. Alahai best nyerrr...
* Celur sayur sawi dan sedikit daun sup.

** Sejemput kue tiaw, secukup sayur-sayuran dan masukkan ke dalam magkuk bersama sup yang telah siap dimasak tadi. Bismillah...

Nota kaki;
Ibu tidak menggunakan kicap cili sebab ingin mengekalkan warna jernih sup.
So instead of it, Ibu cuma potong cili api, sedikit air perahan lemon dan bawang goreng untuk menambah rasa.

No comments:

Post a Comment