Saturday, April 7, 2012

Gulai ketam berserai


Assalamualaikum all,

Sebelum Ibu masuk tidur malam ni, Ibu nak share satu resepi mudah. Cuma jarang-jarangggggg sangat Ibu masak sebab malas nak mengopek kulit ketam. Biasanya kalau di rumah ni cuma antara 2 pilihan sahaja, kalau tak masak lemak (gulai), buat sup. Ada jugak yang mencadangkan masak kari, tapi sampai hari ni Ibu tak pernah try la pulak. Okey, biasalah Ibu masak sure sempoi punya. Kalau nak try, resepi ada di bawah..

Bahan-bahan;
Ketam 
* dibelah dua dan dicuci bersih
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit
5-6 batang serai
* dipotong dua dan diketuk sedikit
Santan pekat 1 tin

Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja
2- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai lalu masukkan santan serta sedikit air
3- Masukkan juga serbuk kunyit
4- Kacau selalu agar kuah tidak meruap
5- Apabila kuah telah mendidih, masukkan pula serai
6- Kemudian masukkan ketam
7- Masak seketika
8- Jika ketam telah masak, perasakan dengan garam
9- Beres...

No comments:

Post a Comment