Sunday, April 8, 2012

Nasi goreng kangkung


Good morning all,

Pembuka bicara dari dapur Ibu.. sarapan untuk semua merangkap tapau untuk Cik Asben jugak. Suka sangat la Amsyar nanti ni. Kalau setakat nasi goreng kangkung, tiap hari pun dia rela. Janji kangkung meriah + cukup pedas. Tapi during exam ni, Ibu cuba kurangkan jugak cili.. mana la tau nasib tak baik, perut meragam dalam exam hall. Anyway, nak masak nasi goreng kangkung ni memang cukup senang. Tapi tak apa la, Ibu tulis (type la) je la ya..

Bahan-bahannya;
Secekak kangkung
- disiang dan dicuci, toskan hingga cukup kering
Nasi
- agak-agak la banyak mana ya
- Ibu prefer nasi yang dah overnight sebab cukup kering
* Cili secukup pedas
* Segenggam ikan bilis
* Sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
- semua bahan * dikisar sedikit, tidak terlalu hancur.. in case tak ada batu lesung untuk menumbuk la
3-4 biji telur ayam
- depending on the size

Cara-caranya;
1- Tumis semua bahan-bahan kisar hingga naik bau
2- Pecahkan telur dan goreng bersama bahan tumis
3- Apabila telur telah mula mengeras, masukkan kangkung yang telah disiang
4- Gaul serata
5- Masukkan nasi
6- Gaul agar kangkung dan nasi serata
7- Perasakan dengan garam
8- Dah siap




No comments:

Post a Comment