Tuesday, April 3, 2012

Sedikit nasihat.. sedikit peringatan..



Assalamualaikum all,

Sekadar ingat-mengingati sesama insan.. lebih-lebih lagi untuk diri sendiri..

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda
- Kurangkan makan bawang besar, berempah, ketumbar kering
- Kurangkan menonton hiburan, membaca majalah hiburan
- Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
- Kurangkan minuman air batu, air dalam tin
- Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak
- Jangan tidur selepas subuh
- Jangan tidur selepas asar
- Jangan tidur selepas makan
- Jangan makan apa-apa 3 jam sebelum waktu tidur malam
- Jangan makan kepala ikan
- Jangan makan terlalu kenyang
- Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
- Jangan makan makanan yang masam-masam berlebihan
- Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
- Jangan minum air yang ada semut
- Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
- Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan
- Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
- Selalu makan makanan yang panas-panas
- Selalu memakan kekacang seperti kacang soya atau badam dan lain-lain
- Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum
- Selalu minum air masak
- Selalu makan ulam-ulaman
- Selalu mengamalkan pandangan hijau
- Selalu bersenam
- Selau menggunakan imaginasi otak
- Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion-ion negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan.
- Jangan ego
- Jangan dengki pada orang lain
- Jangan makan dari sumber yang tidak halal
- Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
- Jangan makan makanan yang ada pewarna
- Jangan makan makanan yang ada pengawet
- Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
- Jangan mandi selepas 9.00malam

Dan yang paling penting dibawah ini,  selamat beramal.....
- Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka, kalau tertidur lain cerita.
- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). 
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. 
Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan tidur selepas solat Subuh. 
Nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. 
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. 
Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan biarkan mata liar di perjalanan. 
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
Ini kerana mati boleh dating bila-bila masa.
- Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
- Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. 
Nanti kita sombong apabila  berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
- Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- Jangan banyak ketawa. 
Nanti mati jiwa.
- Jangan biasakan berbohong. 
Kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. 
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 
Sebab semuanya untuk  keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
‘Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun’

(Sabda Rasulullah SAW)
'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu'

'Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat  kemenangan yang besar'
(Surah Al-Ahzab:71)-


kredit: rakangroup

No comments:

Post a Comment