Sunday, April 8, 2012

Telur Ikan Goreng Berempah


Lunch time..

Kita tambah-tambah lauk saja la ya. Amsyar masih kenyang dengan nasi goreng kangkung. Gulai ketam pun masih ada seiring lagi. So, telur ikan goreng berempah saja la untuk hari ni. Selalunya Ibu campurkan telur ikan ni dalam gulai atau kari, tapi kali ni kita try goreng pulak. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Boleh la buat lagi lain kali. Resepi asal dari ayam goreng berempah version Bonda. Cuma, biasalah kan kan kan.. tak salah kalau kita alter here and alter there. End-result.. burpppp.. excuse me.

Bahan-bahannya;
Telur ikan
(terpulang la pada rezeki masing-masing)
* 5-6 ulas bawang putih
* Sedikit halia
(dikisar hingga halus)
Sedikit serbut kunyit
Sedikit serbut kari
1 sudu tepung jagung
Sebiji telur
Sedikit garam dan gula

Cara-caranya;
1- Campurkan semua bahan kisar dan bahan-bahan lain
2- Masukkan tepung jagung
3- Pecahkan telur
4- Gaul semua hingga serata
5- Perasakan dengan garam dan gula
6- Lumurkan pada telur ikan dengan berhati-hati agar telur ikan tidak pecah
7- Goreng hingga garing
8- Selesai dah...

Nota kaki;
Bonda biasa guna tepung jagung dan telur semasa menggoreng ayam, ikan dll untuk mendapatkan kulit yang lebih garing.




No comments:

Post a Comment