Friday, May 11, 2012

ADAB MENDENGAR AZAN


Salam pagi Jumaat yang barakah..

Diharapkan hari ini jauh lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu. Dan semoga hari ini juga, kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. AZAN.. laungannya kita dengari 5 kali sehari. Panggilan bagi menunaikan kewajipan kita sebagai hambaNya. Panggilan yang sepatutnya kita dengar dan hayati dengan penuh rasa keinsafan serta hormat dan rendah diri. Tapi ramai manakah yang benar-benar memahami dan dari pemahaman tersebut menghormati laungan AZAN itu. Rata-ratanya rancak berbual, tidak mengendahkannya seperti ia suatu yang tidak bermakna langsung.

Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar... 

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui...Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya".

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang yang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Menghormati azan juga banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh berbuat sedemikian?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah, dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


Ya  Allah, Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami  mengucap  kalimah "Lailahaillallah”.


No comments:

Post a Comment