Thursday, May 10, 2012

Allah memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.


Salam hari Khamis yang barakah.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.

Panggilan pertama adalah Azan.
Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Ada ketika kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali karana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti.

Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah / Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran". Ada hamba yang beroleh kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya kemampuan dari segi kewangan, namun masih diberi kesempatan untuk menunaikannya. Ada pula yang merancang  akan tetapi yang "tidak merancang" pula yang diberi peluang untuk melakukannya. Jelas sekali amat halus perancangan Allah. Allah berkata, "laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu".

Panggilan ketiga adalah KEMATIAN.
Ini adalah panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. 

Sesungguhnya ketahuilah bahawa pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" yang berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya :  

"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" 
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang".

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.



Wallahualam

No comments:

Post a Comment