Thursday, May 10, 2012

Beberapa panduan & tips menghukum anak.


Memberi hukuman kepada anak apabila mereka melakukan kesalahan, memang perkara biasa. Malahan baru-baru ini ketika Amsyar gagal mencapai target peperiksaan semasa last mid-term, segala games, kemudahan dan yang sewaktu dengannya telah dibekukan selama 1 bulan. Mungkin ada yang kata.. "Cik Sham tu too cruel".. tetapi jika itu perlu dilakukan untuk mengembalikan FOKUS pembelajaran anak Ibu.. biarlah.

Tidak dinafikan masa kanak-kanak adalah masa paling penting dalam proses kehidupan manusia. Tempoh berkenaan adalah tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa sama ada dia akan menjadi manusia berguna atau sebaliknya. Oleh itu, amat perlu dan penting kita menafaatkan setiap peluang yang ada bagi memastikan anak-anak tidak tersasar dari laluan yang sepatutnya.

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun teladan. Tetapi jika ia tidak berjaya dilakukan, cara memberi hukuman atau denda boleh diterapkan.

Perlu diingat menghukum anak bukan sahaja dengan memukulnya saja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara. Malah, ada kalanya memberi hukuman dengan cara memukul tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak negatif.


Berikut adalah beberapa cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak:

Pandangan mata yang sinis.
Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

Suara sebagai "isyarat".
Keluarkan suara daripada tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan untuk anak mengenai apa yang sudah dan akan dilakukannya.

Puji-pujian.
Puji orang lain di hadapan anak tetapi dengan syarat memberi rasa sangsi kepada si anak dan mendorongnya untuk menjadi sebagus yang dipuji.

Pengabaian.
Tunjukkan seolah-olah anda tidak peduli pada anak. Ini tindakan berlawanan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, palingkan wajah sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini, haruslah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya berterusan kerana peranan ibu bapa adalah mendidik bukan menyeksa.


Tidak memberikan ganjaran.
Tidak memberi imbuhan wang, tidak mengajaknya melakukan aktiviti rekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang digemarinya seperti basikal, bermain permainan video atau menonton televisyen.

Memberi amaran.
Beri amaran dengan syarat kesan dari amaran itu tidak terlalu berat. Hukuman terbabit juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.


Memukul sebagai respon atas kesalahan.
Memukul sebagai alternatif terakhir. Ia tidak harus dilakukan kecuali semata-mata untuk mendidik dan menghukum. Memukul anak sepatutnya dilakukan jika cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak sudah mencapai umur kerana anak yang belum mumaiyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah. Bahkan anak-anak tidak menyedari kesalahannya dan berasa apa yang dilakukan adalah betul.

Manakala beberapa petua berikut boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak termasuk :

Rasa selamat.
Sayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan membina emosi anak yang kental. Jika anak menunjukkan sikap tidak hormat kepada ibu dan bapa, tegur dan beri penjelasan.


Rasa dihargai.
Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat anak yang sedang membesar kerana mereka juga mempunyai perasaan serta keinginan untuk dihargai sebagai individu. Oleh itu, babitkan dirinya dalam perbualan seharian keluarga seawal usia satu tahun.

Rasa penting.
Kadang-kala ibu bapa ingin memberi sepenuh kasih sayang menyebabkan anak dikongkong. Oleh itu, beri mereka peluang untuk memegang tanggungjawab. Latih anak melakukan beberapa tugas kecil dalam keluarga mereka supaya berasa dirinya penting.

Jadikan waktu membesar menceriakan.
Keluarga bahagia adalah keluarga yang ceria. Rumah tempat memupuk keceriaan, suasana riang dan membina kenangan manis.

Hadiahkan mereka nilai murni.
Menjadi lumrah kanak-kanak meminta sebarang benda yang mereka lihat di televisyen atau milik kawannya. Oleh itu, latih anak menghargai setiap pemberian daripada rakan dan sanak-saudara. Ini akan menyemai nilai bertimbang rasa, kesyukuran, persahabatan dan hormat-menghormati pada jiwa anak.


Rujukan : Harian Metro


No comments:

Post a Comment