Tuesday, May 1, 2012

Daging Goreng Kunyit


Assalamualaikum all,

Selamat Hari Pekerja kepada yang meraikannya. Cuti-cuti Malaysia la hari ya. Kami di negara Pasir Berdengung ni sama jer. Kan ke BEST kalau Kuwait bagi cuti jugak hari ni. Boleh jugak la Ibu spent more time dengan anak-anak dan suami. Ada masanya terasa "lemas" jugak dengan routine mingguan. Anyway, pagi ni Ibu cuma nak share satu menu simple dari dinner malam tadi. Menu ulang tayang sahaja. Pada mereka yang berasal dari Pantai Timur, sure dah kenal dan biasa dengan lauk daging goreng kunyit ni kan. Cuma kali ni Ibu tak gunakan cili api seperti biasa sebab nak habiskan stok stok lada benggala yang ada sikit berbaki dari lunch siang semalam. But again, jika ada yang sudi berkongsi ilmu dan rasa... resepi ada di bawah.

Bahan-bahannya;
Daging (anggaran dalam 500gram)
* Dihiris nipis
Serbuk kunyit
Kacang pancang atau kacang buncis (jika suka)
* Dipotong serong
Lada benggala hijau dan merah
* Dipotong serong
Sebiji bawang besar
* Dihiris kasar

Cara-caranya;
1- Lumurkan daging dengan serbuk kunyit serta perasakan dengan garam.
2- Kemudian, digoreng kering tanpa menggunakan minyak untuk mengeringkan airnya.
3- Apabila air daging telah kering, masukkan sedikit minyak.
(untuk dibuat kuahnya)
4- Kacau serata.
5- Setelah itu masukkan kacang panjang atau kacang buncis, lada bengala dan bawang.
6- Gorengkan sekejap
7- Jika masih kurang masin, perasakan dengan sedikit garam.
8- Kalau kacang dah lembut, bolehlah ditutup api dapur.
9- Selesai sudah.



No comments:

Post a Comment