Monday, April 30, 2012

Sosej masak 3 rasa


Alhamdulillah..
Di rumah ni baru sahaja selesai makan tengah hari. Masak ringkas-ringkas saja.  Menu campak-campak jer ni. Paling senang nak disediakan dan paling utama, target untuk si Haazem dan Arif yang tak makan pedas.

Sosej masak 3 rasa. Dulu pernah jugak buat tapi guna nugget daging. Dalam nak tak nak, habis jugak la sepiring. Okey, jom kita semak resepi;

Bahan-bahan;
Sosej (daging atau ayam)
- direbus terlebih dahulu hingga masak, tos dan ketepikan.
* Sebiji bawang besar
* 3-4 ulas bawang putih
* Sedikit halia
Sos tomato secukup rasa
Sos cili secukup rasa
Lada sulah
1/2 biji lemon
Gula dan garam

Sidekicks;
Ikut suka masing-masing la. Well in this case, Ibu cuma guna 2 batang celeri yang dipotong serong dan lada benggala (merah & hijau).

Cara-caranya;
1- Semua bahan * dikisar dan ditumis hingga wangi.
2- Setelah itu masukkan sos tomato dan sos cili.
3- Masukkan juga sedikit air jika sos terlalu pekat.
4- Masukkan sidekicks dan gaul serata dengan sos.
5- Masukkan sosej lalu perasakan dengan garam, gula dan lada sulah.
6- Perahkan sedikit jus lemon dan gaul serata.
7- Khalass..

Gambar dari koleksi 'dari dapur Ibu'
Nugget masak 3 rasa

No comments:

Post a Comment