Thursday, May 24, 2012

Ribut pasir melanda Kuwait


Ello all,

Ini bukan koleksi gambar tahun 70-an..
Ini bukan masalah dari jurugambar yang kurang arif semasa sessi fotografi..
Ini juga bukan gambar hasil dari camera trick..

Tapi inilah keadaan yang sebenar-benarnya yang sedang berlaku di luar apartment Ibu. Ribut pasir atau "sand-storm" ini diramalkan akan terus berlaku sehingga penghujung minggu ini. Mengikut dari berita yang baru Ibu dengar, keadaan di luar sangat teruk sehingga jarak pandangan mata kasar adalah cuma sejauh 50meter. Para pemandu dinasihatkan agar memandu dengan lebih perlahan dengan menyalakan lampu kenderaan. 

Bukan setakat di luar sahaja, kami yang di dalam rumah ini juga terkena tempiasnya. Bau debu pasir yang kuat sehingga rasa begitu melemaskan. Esok lusa terpaksa bergotong-royong lagi laa kami untuk membersihkan semua debu pasir yang berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah.

Perabot-perabot perlu dilap semula, karpet perlu di-vacuum, bilik air perlu dicuci semula. Malahan setiap ceruk rumah terpaksa dibersihakan dari debu pasir yang melekat pada ketika ini. Kalau tak nak buat pun, okey je cuma mata tu terpaksa "tahan" sahajalah dengan segala debu pasir yang melekat di sana sini.

Lain pulak sifatnya di Tanah Malaya yang biasanya "jerebu" adalah lantaran dari hasil pembakaran tanpa kawalan dari Tanah Seberang. Tapi the end result masih hampir sama juga. Semuanya "melemaskan" tekak dan hidung serta mata. Sehinggakan boleh menjejaskan kesihatan.

Nota kaki;
Lantaran dari ribut pasir yang begitu kuat KAFA minggu ini terpaksa dibatalkan.. kesian pada anak-anak Ibu yang dah bersiap-siap nak ke KAFA. Next week sahajalah ya sayang.. Insya'Allah..





No comments:

Post a Comment