Terdapat beberapa tips yang kita
boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup.
Antaranya ialah :
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika
kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang
susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya,
disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji
pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan
Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang
sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di
sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.
Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat
taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat
dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat
sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan
menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada
Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab
berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh,
malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan
memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita
perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya
tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya
mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya
tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya
itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita
sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan
janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu
ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Lakukan kegiatan luar seperti
bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa
badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu
bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang
dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih
menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah.
Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang
berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan
sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan
diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan
kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung,
darah tinggi, kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya
melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan
menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba
menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana.
"Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka
mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan
mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam
hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat
kerja.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap
yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita
tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh
oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja
yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang
penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan
hidup dengan lebih ceria.
Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri
sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong
hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri
terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada
tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan
di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan
senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu
bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang
tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya
akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
|
No comments:
Post a Comment