Monday, June 11, 2012

Hari-hari terakhir stok daum kesum ku..

Assalamualaikum all,

Masa untuk makan tengah hari lagi. Untuk menu-menu terakhir sebelum menjelang hari kami berangkat pulang ke Tanah Malaya ni sememangnya amat crucial. Semua nak dibuat, semua nak dimasak. Semua lantaran nak menghabiskan stok dalam fridge. Sayang rasanya jika ada yang berbaki. Tambahan pula apabila mengenangkan susah-payah ketika hendak mengangkut bekalan ke sini (tahun lepas). Dari mencari stok di pasar, membungkus, bawak ke sini hinggalah penyimpanan stok dalam frizer. Syukur jugak kerana pada penghujung tahun lepas Ibu berjaya mendapatkan stok bahan-bahan mentah segar dari sebuah kedai Thailand yang telah lama beroperasi di sini.. issshhh.. macam mana laa boleh selama ni tak jumpa.

Dari perkenalan dengan Bobby (tuan punya kedai) hinggalah ke semua ahli keluarganya Ibu dah kenal, alhamdulillah.. semakin senang jugaklah kami masyarakat Malaysia di sini hendak mendapatkan bekalan seperti daun kesum, bunga kantan, pucuk paku, petai, malahan durian tanpa perlu menunggu atau berkirim dengan sesiapa yang pulang ke Malaysia.

Hari ni Ibu masak asam pedas ikan merah. Resepi mudah yang memerlukan daun kesum dan bunga kantan sebagai penambah aroma dan rasa. Kalau tak ada pun, tak ada masalah. Ibu bukanlah jenis "pengguna tegar" daun kesum atau bunga kantan hinggakan tak boleh nak masak jika bahan-bahan kurang sifat. Cuma, jika ada alhamdulillah. Kalau tak ada, kita masak dengan apa yang ada sahajalah kan kan kan.


Jika ada yang hendak mencuba, resepi ada di bawah.

Bahan-bahan;
Ikan merah
3 senduk pes cili boh (adjustable)
* Sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
(semua bahan-bahan bertanda * dikisar halus)
Sedikit daun kesum (secukup rasa)
5-6 helai bunga kantan, disiat-siat halus
1 sudu makan pes asam jawa

Cara-caranya;
1- Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2- Masukkan pes cili boh dan dimasak sehingga terbit minyak.
3- Masukkan sedikit air dan kacau perlahan hingga mendidih.
4- Setelah itu masukkan ikan merah yang telah siap dipotong dan dibersihkan.
5- Masukkan daun kesum dan bunga kantan yang telah disiat-disiat tadi.
6- Masukkan sidekicks.
7- Apabila ikan telah hampir masak, perasakan dengan garam.
8- Beres.
 
p/s;
Untuk sidekicks,
Tomato, kacang bende (lady finger), terung, sayur sawi jeruk (ikut selera dan tekak masing-masing la ya)

Okey, Ibu nak menjiwang pulak.. 


No comments:

Post a Comment