Tuesday, June 12, 2012

Mengumpat???



Mengumpat boleh difahami sebagai menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah saw menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud :

"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"
(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Rasa terpanggil untuk berkongi sedikit sebanyak ilmu tentang versi "mengumpat". Penyakit yang sangat mudah kita terjebak. Memandangkan Ibu bukanlah orang yang paling layak untuk membincangkan hal ini, apa kata jika kita baca sahaja tentang virus halakah ketupat ini.


No comments:

Post a Comment