Thursday, July 26, 2012

Ikan tenggiri bakar..



Hi all,

Daun pisang banyak, ikan segar pun senang, rempah ratus lagi la pulak. Makanya membakar ikan laa kita hari ini ya. Cukup senang nak membuatnya. Janji kena rajin jaga api. Kalau besar sangat nanti ikan masak di luar sahaja. Yang di dalam "merah" lagi. Kali ini Ibu nak share resepi yang cukup simple. Ayah kurang minat kalau masak dengan rempah yang berlebih-lebih.

Bahan-bahan untuk memerap ikan;
Applicable to sebarang ikan.
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit serbuk
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-caranya;
Kisar semua bahan-bahan tersebut kemudian lumurkan ke ikan.
Balut dalam daun pisang bersama sedikit pes perap yang berlebihan.


Kalau di Bazaar Ramadhan ni, kecik comel macam ni pun kena charge RM3.00 sekeping. Lagi berbaloi kalau sendiri yang bikin. Makan laa puas-puas. BTW, inilah hasil ikan yang Ibu bakar tadi. Memang Ibu pilih ikan tenggiri yang sederhana besar, secukup rasa untuk sekali makan. Tak kurang tak lebih.


Ikan tenggiri bakar dalam mode "showing-off". Sebenarnya Ibu pilih ikan tenggiri sebab Haazem yang berhajat sangat nak makan ikan bakar. Manja Ibu tu tak pandai lagi nak scan tulang-tulang ikan. So, solution ikan tenggiri la jadi pilihan.

Manakala untuk air asamnya pulak, lagi senang nak prepare.

Bahan-bahannya;
Sebiji bawang besar
Cili api secukup pedas
Kicap kipas udang yang hat botol merah
Limau nipis

Cara-caranya;
Cili dan bawang dipotong nipis.
Kemudian masukkan dalam bekas yang sesuai.
Campurkan kicap kipas udang dan perahkan sedikit jus limau nipis.
Setel..

Nota kaki;
Ini version "nak masak cepat".
Biasa laa nak kena masak 2-3 lauk dalam masa 1 jam.
Rushing babe..



No comments:

Post a Comment