Thursday, July 26, 2012

Gulai ikan tenggiri dengan peria


Alhamdulillah, khatam sudah. Ni kategori wishlish Ibu pulak. Gulai ikan tenggiri dengan peria. Menu ni masuk wishlish sebab Ibu nak makan peria Malaya. Peria di Kuwait tak pahit. Dulu masa duduk sini tak pandang langsung nak makan yang pahit-pahit. Cuma semenjak dah merantau ni pulak pandai makan peria, kambas, petai dan yang sewaktu dengannya. Mungkin sebab dah jemu dengan udang, daging, ayam, sotong atau ketam yang terlalu senang nak dapat, jadinya tekak mintak menu original orang kampung Neghori Sembilan.

Yang best tu, bukannya nak sangat makan ikan tu, tapi nak makan peria. Memang betul la.. dah jemu makan ikan kut. Yang elok sangat tu.. nak-anak makan ikan, Ibu and Atok makan peria. Jika ada yang mempertimbangkan nak masak juadah ni untuk iftar petang nanti, bolehlah lihat resepi.

Bahan-bahannya;
Ikan tenggiri
* Kuantiti ikan terpulang pada saiz hidangan masing-masing
Peria
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit
Santan 500ml 

Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan santan, sedikit air dan serbuk kunyit,  dan kacau selalu.
* Elakkan pecah minyak atau meruap, nanti kuah tak cantik dan rasa pun kurang lemak.
3- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan.
4- Peria dibelah 4 dan buang bijinya.
5- Masukkan peria ke dalam kuah dan masakkan seketika.
6- Perasakan dengan garam.
7- Siap sudah..
 

No comments:

Post a Comment