Saturday, July 21, 2012

Jom moreh.. Olio seafood.


Hi again,

Ini hasil air tangan Ibu pulak. Biasa laa bila enjin dah mula nak panas. Jamuan untuk moreh, makan-makan selepas balik dari solat terawih. Unfortunately, tiada moreh disediakan di masjid kami tahun ini. So moreh di rumah sahajalah. Masjid di tempat Ibu hanya bersembahyang 8 + 3 rakaat. Hanya Bujang Sulong yang ikut sama dan sebab tu jugak dia nak ikut. Macam last year masjid yang sama buat penuh, at last sampai rumah dah almost jam 10.45 malam. At last Amsyar mintak izin nak buat terawih di rumah sahaja, tak larat katanya. Haazem pulak tarik diri sebab dugaan nak main dengan sepupu-sepapat yang ramai di rumah. Memang "liat banyak" laa mamat sorang tu, even kalau terawih di rumah dengan Cik Asben pun.. macam-macam alasan nye. Arif pulak ikut solat "ikut angin".. biasa laa, baru 4 tahun. Tapi pada Ibu, as long as dia ada "semangat" dan "kemahuan" nak ikut sama, alhamdulillah.

Memandangkan ada permintaan untuk resepi Olio Seafood ni, so.. apa lagi... dah ada di bawah tu..

Bahan-bahan;
Sekotak spageti
Sebiji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Udang, sotong dan jejari ketam
Saleri
Lada benggala hijau
Bunga kobis
Lada sulah
Daun selasih (emping daun selasih)
Minyak zaiton

Cara-caranya;
1- Rebus spageti hingga lembut. Setelah itu angkat spageti, dibilas dengan air sejuk, toskan dan gaul bersama minyak zaiton. Ketepikan.
2- Panaskan sedikit minyak zaiton, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
3- Kemudian, gorengkan udang, sotong dan jejari ketam yang telah dibersihkan dan dipotong mengikut cara masing-masing.
4- Apabila bahan-bahan tadi telah masak, masukkan sayur-sayuran seperti lada benggala hijau, bunga kobis dan saleri yang jugak telah dicuci dan dipotong mengikut kesukaan masing-masing.
5- Setelah sayur-sayuran itu separa lembut, masukkan semula spageti tadi dan digaul bersama hingga sebati.
6- Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah serta emping daun selasih.
7- Setel..

Nota kaki;
Ibu tidak menggunakan lada benggala merah dan kuning kerana rasanya yang sedikit masam.
Jika suka, bolehlah ditaburkan serbuk lada hitam ketika dihidangkan.

No comments:

Post a Comment